Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label opis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label opis. Papar semua catatan

4.12.14

Projek Pantry Panas

Kelassssss..Projek Pantry Panas Geng Kiah telah bermula.

Wahahahahahaha..gelak syaiton sikit!
PPP telah bermula semalam..dapat la sepoyok bubur kacang ijo.

Alamak! Tak besa la nak selfie dengan masakan..maklum lah sebelum ni projek semuanya projek underground. Tak de exposure cam sekarang.

Expose sungguh! Siap pegang senduk gitu..Menunggu tomyam nye mendidih.




Lunch tadi masak tomyam campur. Makan bersama nasi putih dan sambal belacan dari food court serta telur dadar imported dari dapur utama Kak Ton.

Gambar close up tomyam tak de plak..Malas nak mengemis dari bossia aku.




Master Chef Wan resmikan dulu. Chef merangkap penanggah.

Minum petang pulak adalah bubur pulut hitam..Yummy sangat..sampai tak sempat foto foto an.

Sesekali buat gini kat opis, tak de salahnya. Seronok weh..makan ramai ramai, berkumpul ramai ramai walau menu nye miskin aje tapi jangan lah over sampai terlupa buat kerja!

Esok dan seterusnya..pantry tak berasap la gayanya sebab Pak Santa udah mau kembali. Waduh!

- Posted using my iPhone

12.9.12

KL..aku dah sampai

Lepas ada sikit meeting dengan big boss, kami di benarkan untuk pergi ke office baru di Boulevard, Mid Valley tengah hari semalam.

Bukan pergi saja saja cuci mata ek.

Angkut stationery dan personal thing kami nak guna next week.

Memang teruja masuk office baru. Fefeling cam masuk rumah baru la.

Nak mengemas tu yang malas sebenarnya.

Tapi, sayang nye office ni kecik. Tak banyak space nak simpan dokumen dan file kami.

Aku punya dept kat 1st floor pulak. Dekat dekat dengan bilik big boss pulak tu. Tak sure temporary ke permanent kat atas tu.

Elok letak HR kat bawah la. Senang nak lari balik. Huhuhu.

Harap harap semuanya ok dari Tan Sri sampai le ke kakak/abang tiri nanti.

Officially start kat office baru ni 18 Sept.

Tapi aku terpaksa cuti la pulak hari tu sebab ada appointment untuk RME dengan doctor gomen.

Tak jumpa la dengan mereka mereka itu nampaknya.

- Posted using BlogPress from my iPad

10.9.12

KL Menjerit

KL menjerit..suruh kami pindah cepat cepat.
Tak menyabor bapak nak bersatu dengan kami.
Tahu la kami anak anak tiri yang vasssss kan. Hahaha ! Perasan!

2 minggu ni bebudak opis memang bizi berkemas la.
Aku?
Mood malas melanda la pulak.
Malam semalam pon dah plan nak MC le kekonon.
Tapi bangun pagi ni cam sihat la pulak..cancel MC ku..
Sakit pinggang kan.

Mana tak sakit tulang belulang aku ni, sabtu pagi tu sibuk mengangkut furniture opis aku beli tu.
Dah angkut, nak arrange dalam rumah pulak.
Rumah dah cam sardin king cup daaa..

Tengah hari lari ke Seksyen 23 utk open hse immigresen kat RMC tu.
Tak tahu pulak situ warehouse Immigresen.
Tapau bawak balik dari open hse tu.
Huhuhu..jakun nye. Sebab cupcakes choc tu..febretku.




Ahad tu pulak sibuk mengemas rumah, dah kengkawan nak datang beraya.
Memasak pulak tu, berdiri lagi.
Patah patah pinggang pon sempat beraya ke 4 bijik rumah semalam.

Harap harap patah pinggang pon boleh le ke KL kan.
Sebulan aje lagi.

Semangat si kecik aku nak gi beraya..bertudung gitu.
Blom lagi dia angkat tasbih nye tu.


- Posted using BlogPress from my iPad

29.6.12

Good Bye Frens

Bulan ni ramai jugak yang say good bye to kami.

Boleh refer gambo, ikut gambo first yg tudung cokelat tu belum sampai seru lagi la yer...yang kanan 2 orang tu jer pergi dulu.

Yang tengah tu namanya Wati dari Acct Dept. Yang paling kanan, tudung putih tu,ex boss aku. Panggil Kak Sue jer.

Gambo kedua, yang tengah bersantap tu pon nak pergi. Namanya Jaya dari Acct Dept jugak.

Cam berjanji pulak tema baju diorang.





8.6.12

CEO ke Hubby Ning?

Lelaki ini sebenarnya sudah hampir 16 tahun dalam industri oil & gas.

Orang ramai mengenali beliau sebagai seorang suami / pengurus kepada seorang artis terkenal, Ning Baizura.

Tak sangka beliau menjadi CEO di opis aku kerja sekarang rentetan salah satu langkah pengstrukturan semula syarikat. (re-structuring excercise).

Gambo kredit to Pn Maimun

8.3.12

Sesi tummy burst


Sesiapa berdiet, terpaksa la batalkan. Sesi cheese burst sampai tummy burst sempena last day sorang encik ofismate. 


 Tunggu hade mood baru dapat hapdate sekarang..


20.2.12

Sayonara.. Procument Boss

Sibuk kak kiah's hari ni untuk farewell mr khoo, dah 18 tahun dia bekerja kat sini. Adapun dia mendapat offer lebih baik dari company lain.

Team kak kiah's telah menyediakan menu spt ayam rendang, sambal udang, ulam ulaman, sayur goreng, telur dadar, triffle, buah dan bingka roti untuk majlis ni. Yang pedas pedas spicy-hot memang febret mr khoo.

Balance duit collection kami belikan hadiah. Selain itu, beliau telah meng request bubur lagi.

So, esok start membubur balik masa minum petang. Bubur jagung, bubur cha cha, bubur pulut hitam dan bubur kacang merah sudah buat. Nampak gaya si kacang hijau nye turn lah esok untuk mr khoo. Mr khoo dan makan memang bak aur dan tebing.

9.12.11

Pegi Balik ke Permata Petronas

Macam dah cerita kat entry lepas, aku ada briefing pasal lesen Petronas untuk tahun depan, 2012 jumaat minggu lepas.
Aku perasan ada yang search pasal Petronas Learning Centre aka Permata dan tersangkut kat blog ni.
Percayalah tuan/puan, aku pun search kat google macam mana nak ke sana dengan pengangkutan awam.

Jadinya, aku ingin berkongsi tips ke sana menggunakan kenderaan awam.



19.10.11

Tragedi Oktober

Bukan apa, lahirnya dua orang kengkawan bulan nie walau tahunnye asing asing.
Sorang lahir pada 10hb dan sorang lagi lahir pada 17hb , tahun lain lain. Sorang muda, sorang lagi muda sikit jer. wakaka..suka...
Tapi sambutan kita buat serentak lah. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit nyer juga. Jomlah layan sikit gambar beriang ria bagai esok nak raya deepavali..
bertuah badan, minggu ni celebrate hari lahir,
minggu depan nak raya pulak

20.9.11

Raya Raya Opis

Sempat lagi dengan bajet yang halus mulus, SSRC menganjurkan jamuan raya dan meraikan belated birthday buat bosses terchenta pada 14 Sept 2011. Biar sederhana, asal matlamat terlaksana..
Majlis bermula pada jam 12.30 tengah hari. Menu makanan kami adalah Briyani Special bersama ayam masak merah, jelatah, dalca sayur, ketupat dan lemang bersama rendang ayam. Kuih kuih raya sumbangan sharing is caring dari staff dan sedikit buah buahan untuk sumber pelawasan..wakaka.

birthday cake dengan tema yg menyayat hatiku..terusik tapi tak berdarah yer
hanya sumatecian yang tahu..

majlis utama - ucapan dan potong kek oleh big boss

penyerahan duit raya- terketar tangan bukak green pau..note hijau beb..
what u expect? 50 ringgit ka? bangkrap oo company


wanita wanita perkasa..setia pada pasangan, setia pada sumatec..
wakaka..motto baru kami, jangan termuntah yer..

16.5.11

Hari Pecah D.I.E.T


9 Mei yang lepas kami bergotong-royong menjayakan sesi lunch time bersama Ms Patty yang akan meninggalkan kami setelah 3 tahun lebih di sini. Beliau telah meng'request' rendang ayam masakan Chef Norr dan sambal udang petai masakan Chef Sue.

Menu utama : Rendang ayam, sup daging & udang petai

22.3.11

mamam lagi..

macam mana nak kurus?
macam mana nak slim?
asyik makan jerrrr..

17.2.11

Rezeki jangan di tolak, ayam & pizza mari mari

Event di sponsor oleh opismates yg menyambut raya cina baru baru ini dan tidak larat meng’organize’ open house utk kami semua..

Kami terima & redha jer..orang nak belanja makan FREE kan, susah per.. makan jer, makan jer..x kuar seposen pun duit

Terus raser best yang amat..lagilah ayam panas panas dan pizza dominos yang panas panas jugak. Makan beramai ramai dalam suasana yang sejuk sejuk.

Jejaka jejaka dapat melahap sekejap jer, dah buru buru nak mengerjakan solat jumaat.



dominos hot
Wanita wanita nya pulak makan bak finalis finalis Gadis Melayu ..amik ayam seketul, pizza sekeping..sembang sembang sembang. Sekali dah masuk mulut, wanita wanita tak ingat dunia dah..terus nak tambah ..tambah lagi..dan tambah..
wanita wanita gembira

9.2.11

Party Bajet (Full) : Monyet Gembira Dapat Pisang

Actually, susah nak arrange birthday party yg ala ala surprise tahap gaban kat mamat sorang ni. Hari isnin tu beliau dah tunjuk tanda2 sakit demam pembawaan budak barangkali.




Sebab tu, dah pesan awal awal kat beliau, jangan x datang kerja masa birthday tu. kang sapa nak makan makanan yg kita masak & special cupcakes tu.



rose 1 Malaysia


So surprise tahap langit ke 7 lah pulak sebab  beliau menerima kunjungan bunga ros ala2 tema 1 Malaysia gitu sbb colourful sangat..sapa lah yg bagi? Istri lah tu..so romantic, order bunga..bagi husband kat opis..


Mamat sorang ni trademark dia monyet lah..sikit2 panggil orang monyet tak pun korengger , monyet gak maksudnyer tapi dlm bahasa tamil lah. Sebab this year rasa nak order cupcakes..sesuai lah taruk decor icing theme monkey utk beliau. Selain cupcakes, menu semalam adalah nasi lemak rendang ayam. Rendang chef Norr masak kat umah. Nasi lemak home made ok,opsss opis made ok.



monkey & banana cupcakes

besday boy w pose ala2 akua

2.2.11

Party Bajet : Monyet Gembira Dapat Pisang

Collection bajet :-
Boss (di paksa bayar) - RM 50
Kuli Ln(1st bayar sbb dia gaji dulu) - RM 10
Kuli Sa - RM 10
Kuli Nn - RM 5
Kuli Ah - RM 10
Kuli Ea - RM 10
Kuli Pa - RM 10
Total collection - RM 105


Tema Party :- Monyet Gembira Dapat Pisang


(Menu utk 20-25 tetamu)
-Biskut cap monyet - RM 59
-Pisang Emas 3 tandan - RM 50
-Misc - RM 20


Note : Hui, dah terlebey bajet ni..cam ne nak wat?? 
Nantikan party mOnyet utk peminat kamikaze mOnyet
di skrin deskTop/laptOp anda 8 February ini ...

30.12.10

sweet n sweat memories

green day - may 2010

red team = ferrari team

"us"

group photo

Deepavali tea time

1 malaysia

raya pose

makan time

birthday bosses cum durian party

tiraMisU cake

Tender Dept

Durian

Roasted lamb

lucky draw

yunalis fan

27.12.10

raya raya sumatec


Terkenang kembali zaman persekolahan. Masa sekolah kalau buat jamuan hari raya, kena bawak sendiri kuih kuih raya..Dah besar panjang ni, bawak perut jer lah..

Sambutan secara sederhana sahaja. Melaram sakan lah geng mamat sengal n geng cik kiah dengan baju raya memasing. Wow..colourful..like a rainbow

ramai sungguh si Ungu Violet

Biru Turqoise pun ramai jugak

eh,baju batik pun ada??

birthday 11/11/10

besday girls n the guests

all wear black-theme??

hadiah besday-lilies from Pearl

Not mine ok.Its Raspal & Ema's birthday..Raspal Hey from Corporate Dept & Ema from HR Dept. Hepi birthday girls!!


21.12.10

year end celebration

Tetamu VIP (konon)
from left : Lina,Jaya,Shantini,Kak Sue,
my self,Norrida & Syahira
games-musical chair












games- tiup belon
dr kiri: waata,chai hc,wan,nazrin & jaya


Sambutan hujung tahun kat opis den. Sederhana tapi meriah..meriah sbb ada makan2 free & lucky draw..this time kami makan steambot/hot dip. Alah macam yong tau fu tu..Order from Iman Celur http://imancelur.blogspot.com/
Majlis diserikan lagi dgn nyanyian karaoke oleh artis2 celup spt Saleem(wan ismail), Awie(nazrin), & Ella(kak sue). Atek dah resign, x de dah la pejuang irama 60-an. Hehehe..Pastu kita ada games..tiup belon sampai pecah,musical chair , kuiz n bawak bola ping pong pakai sudu.
Paling best, ada lucky draw duit..Our big boss , mr james punyalah pemurah..bagi duit..semua yg datang hari tu dapat duit..ada dapat RM 20 - RM 500 lah paling banyak. Sapa balik awal, melepas lah angpau diorang. Aku kira bertuah ya ampun dapat RM 200 tuh. Lepas aku wat bayar insurans sopi yg tertangguh sebanyak RM100 n balance aku beli kain ela utk raya tahun depan. 
Walau company situation aku not very good..Alhamdulillah syukran masih boleh lagi kami enjoy..walau dah tinggal brape orang jer..kalau campur bayang2 dekat 80 orang la kat opis HQ skrng..hahahaha. Sengal!!