Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label Movie/Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie/Drama. Papar semua catatan

5.12.12

Bawang Putih, Bawang Merah selebret Krismas

Hari ni hari ke 44 aku berpantang. Ada lagi 2 minggu sebelum naik kerja.
Dan hobi aku yang suka menonton tv dan tengah mekar setaman ni pasti kuncup bila dah naik kerja nanti. Heh!

Baru baru ni ada movie baru yang menarik aku dah tonton kat Astro 702.



Citer sempena krismas, genre romantik. Plot citer ala ala dalam novel gitu.

Kisah mengenai Wendy (gaun putih) jatuh cinta dengan hero, Adam yang juga merupakan boifren bosnya, Priscilla (gaun merah). Haish,ni citer bawang putih bawang merah sambut chrismas ke? Kuang kuang...


6.11.12

t o c h e - t o c h e

     


Toche toche untuk depa depa kat atas tu. Tu hadiah dari bebudak dept en hubby.

Pinau mata menengok pink ajeeee..paham paham jer la untul gegirl

Ape pon time kasih banyak banyak lah ye.


Ni lah makhluk yang tak menyabor nak sepahkan semua benda benda dalam tu.



7.5.12

Layan...Revenge

Sebab seminggu astro channel free..terlayan la plak channel Star World ahad semalam. Hangin jer bapak budak dan adik lelaki aku sebab aku mengadap tv melayan citer Revenge. Budak budak nak Baby Tv pon suruh depa tengok kat you tube jer.

SW tayang citer ni secara marathon, berturut turut entah berapa episod, rasa dari kul 10 pg sampai 7 malam. 1 episod 1 jam..memang layan la citer ni.

Dah lama tak melayan tv ni, sejak sejak tak larat duduk ni. Revenge ni kisah seorang anak gadis membalas dendam..dah nama pon Revenge kan..straight to the point kisah pasal balas dendam.

Kisah si anak membalas dendam untuk bapanya yang di tuduh bersalah meletupkan sebuah pesawat. Walhal bapaknya telah di khianati oleh insan yang dipercayai termasuk kekasihnya sendiri.


23.2.12

Tangga Tangga Ke Syurga

Betul ke aku translate kan tu?
 Yang ni versi Korea..soundtrack/lagu drama ni best sampai follow meraban jer, tapi memang sedih kisah    cerita ni. Hero-heroin bercinta sejak kecil, terpisah..bertemu kembali, heroin pulak buta, pengorbanan ...bla bla..Nak tulis sinopsis citer ni pun dah ingat-ingat lupa. Suatu masa dulu, 2004 kot, memang hot juga citer ni.

22.2.12

Isteri seorang Paderi

The Pastor's Wife. Bukan le vocab English aku ni berlambak, tapi lepas tonton filem yang tayang kat chnl 702 (Diva ni). Paham la Pastor ni Paderi ek?

Ahad lepas la, rasanya waktu pagi dlm jam 8 lebih tu tertengok movie ni. Mula-mula biasa la tukar tukar channel, lastly follow citer ni sampai habis.

Rupanya kisah ni adalah kisah benar di tahun 2006. Kisah mengenai seorang paderi yang mati di bunuh. Paderi ni memang alim la,disukai orang ramai, hidup bersama seorang isteri bernama Mary dan 3 orang cahaya mata.

Rose McGowen sebagai Pastor's wife
Hinggalah satu pagi, dia ditemui mati di bilik tidur kerana ditembak. Kemudian, isteri dan anak-anaknya pula hilang. Kejiranan mereka ni fikir mungkin isteri dan anak-anaknya di culik. Kecoh jugak la, FBI pun siap turun padang menyiasat.

25.1.12

Maan , Fanaa , Dhoom 3

Malam ni melayan Maan kat tv2. Awal tahun ni waktu siaran filem hindi tukar dari pukul 1230 tgh hari ke malam rabu pukul 10 malam.

Ada ku kesah? Baguih duk ada sebab sebelum ni macam compete dengan tayangan kat tv3. Kadang kadang hero pun sama. Yang tv3 masih tayang hari sabtu pukul 2.

Citer Maan ni okay tapi sedih kan? Aku tak pernah tengok citer ni sampai habis. Tak tahu kenapa. Tapi sangat suka dengan aamir khan dalam Fanaa. Tengok sampai habis lagi rasa mahu beli cd origional tu.

Layan juga hindi movie ni, macam dhoom dan dhoom 2. Sampai beli cd ni, tapi tu lah, harap dhoom 3 nanti pun menarik di tengok dan di beli. Harap ada la si Arjun Rampal pulak. Pesal tah mamat ni tak de berlakon filem yang best? memanjang jadi supporting actor jer. Suka dia sejak Om Shanti Om. Terbaru dia ada dalam Ra One sebagai apa yer..
Confirm, Dhoom 3 adalah lakonan Abishek dan Uday serta Aamir Khan sebagai orang jahat bersama Katrina Kaif. 2013 baru nak tayang..fuh..jauhh

21.10.11

Tiga Kata vs Twilight

Tercari cari aku siapa yang nyanyikan lagu melayu ala ala K-pop. Bait bait lirik yang aku ingat..wo ai ni, i love u. Yang heran tu, asal aku on the way nak pergi kerja, mesti dj bukak lagu ni.

Kejap kejap rasa ada suara Adam AF2 ..macam suara Yusry, duda terhangat pun ada. Tapi macam group pun ada. Ingat jugak maybe Max 247 yang perasan K-Pop ever kat Malaysia punya lagu kot. Mana tau dah upgrade ke lepas kutukan kaw kaw oleh kebanyakan peminat muzik tanah air.

Akhirnya, berjaya search lagu siapa. Rupanya lagu KRU..tajuk diberi Tiga Kata..Betul la tu..wo ai ni, i love you. Terjah kat you tube .. ni tengok kat sini. Kreatif tol MrDeeaz2, lagu KRU feat twilight movie. Yes..i like..team edward ok. go go twilight. Aku suka lagu baru KRU ni, walau dah berusia mereka itu, masih magis lagu dan nyanyian mereka. Salah satu lagi mereka yang aku paling suka zaman muda mudi awal y2k adalah SAYANG dan APA SAJA.

Lirik lagu Tiga Kata :-

24.8.11

Pontianak Hensem 24 November ini

Akhirnya..The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1 akan release di pawagam tanah air pada
24 November 2012 2011


28.4.11

Scene Penarik Yang Panas -Di Ranjang Ombak Rindu





Aku rasa okay sikit dari scene Adlin Aman Ramli dengan Amani dalam filem Gubra tu
Sebab kehenseman yang lebih Aaron dari Adlin, dan keayuan si Maya dari Amani..
Penat jugak aku berpikir, nak link kan dengan situasi mana satu dalam novel Ombak Rindu tu
Aku rasa dekat part lepas Hariz makan masakan kampung yang di masak oleh Izzah,
lepas dah kenyang..mintak 'makan' yang lain pulak erk..(nakal, nakal aku ni)
Kredit gambar dari OhBulan.


26.4.11

Ombak Rindu - Dari atas kertas ke layar perak

Kepada peminat novel Ombak Rindu, novel nukilan novelis Fauziah Ashaari
akan ke layar perak pula selepas ini. Diarahkan oleh Osman Ali..sure 'cantik'lah filem ni (sinematografi) macam filem CUN.

Maya karin tampil bertudung


25.4.11

berhujung minggu dengan CUN

Akhirnya, sempat melayan cd filem CUN hujung minggu tadi..
lakonan mantap dari si REMY ISHAK dan MAYA KARIN..
Walau dah berkurun filem ni di pawagam,
sempat layan cd jer..tu pun yang gitu-gitu

17.4.11

Fast Five : Drifter in Action

Filem yang dinanti nantikan pada tahun ini
Genre filem kegemaran en hubby
ada harapan cw dapat tengok kat cinema
kalau jumaat ni dah  terkeluar dulu kat atas meja abang pasar malam
kui kui... paham-paham jer la




5 May 2011

7.4.11

Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Sebuah lagi buah tangan dari encik mamat khalid