Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label sharing is caring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sharing is caring. Papar semua catatan

1.11.12

Acai Berry Beracun

Sekadar ingin berkongsi pengalaman puan neber saya, nama sebenar di rahsiakan..cewah, cam la korang kenal.

Al kisahnya, Wati(bukan nama sebenar) terpengaruh dengan iklan iklan dalam FB. Teruja melihat testimoni testimoni pengguna Acai Berry yang telah berjaya menguruskan badan dalam masa yang singkat dan kos yang murah.

Memang terbukti nyata, lepas minum..dia hilang berat badan 11 kg dari 78 dan terkini 67 kg dalam masa 2 bulan. Nasi tak boleh makan. Minum AB dan makan pil aje. Yang lain lain cam sayur mayur makan lah kot. Tak sempat pulak aku interbiu tadi.



Lepas 2 bulan consume produk ni, keluar pulak dalam paper, produk AB tu beracun. Terus dia stop ambil la. Keesokan harinya, lepas 1 hari escape ambil produk ni, si wati ni tak dapat bangun dari tido. Bila bangun, jatuh balik. Jari dia pon tak upaya nak genggam handphone. Pendek kata, macam lumpuh satu sistem badan.

Menggelabah jugak anak anak dia. Immediately anak anak nya call si ayah. Si ayah sempat lah balik dan bawak pergi ke hospital. Mujur lah beliau selamat.

Then, dia terus pergi jumpa delaer produk ni. Dari dealer produk ni dia dapat tahu, memang ada kes seperti wati alami tadi dan yang meninggal pon ada. Kawannya pernah guna AB ni, meninggal dunia lepas 3 bulan mengguna produk. Berat memang turun, dari 80 kg jadi 60 kg masa meninggal tu hari.

Sekarang dia dah stop ambil AB. Duk menelan air kelapa untuk keluarkan racun racun tu.




Makan yang fresh fresh macam ni lagi bagus rasanya. Tengok, gambo pon comel aje..segar mata memandang.

Terliur pulak menengok jus stroberi tu..awas, bentan kang!


- Posted using BlogPress from my iPad

24.7.12

Al Kisah Bank

Untuk senyum ramadhan...



- Posted using BlogPress from my iPad

20.5.12

Jangan Marah

Nanti kena jual!


23.8.11

Si Kidal Sekalian


Nice info..dari forum carigold..Di kalangan family aku, en hubby dan adik perempuan aku kidal. Biasa jer diorang aku tengok..Si Sarah pun nampak selalu guna tangan kirinya.


Hubungan kidal dengan otak


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.



7.6.11

Malas Tapi Sihat

Profesor Peter Axt , seorang pakar kesihatan masyarakat menganjurkan agar kita bermalas-malasan seperti berehat atau tidur seketika di waktu petang. Cara ini, menurutnya boleh membuatkan anda hidup lebih lama.
Tapi, awas ia bukanlah lesen untuk anda bermalas-malas di rumah. Biar berpada-pada sahaja.

Kenyataanya di atas adalah berdasarkan kajian kepada haiwan-haiwan di zoo yang terbukti hidup lebih lama berbanding haiwan liar di hutan seperti singa. Menurutnya, singa liar hidup lebih pendek kira-kira 8 tahun berbanding singa yang hidup di zoo kira kira 20 tahun.

Selain itu, kata Peter otak manusia akan lebih aktif ketika sedang berkhayal berbanding ketika sedang giat berfikir.
"Berkhayal sering dikaitkan dengan sikap negatif seperti kurang perhatian. padahal, kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia lebih aktif ketika manusia sedang berkhayal, malah jauh lebih aktif, jika di bandingkan ketika  sedang fokus terhadap tugas-tugas" Profesor Kalina Christoff.

Dengan situasi aku alami sekarang, bermalas-malas di tempat kerja memang membantu memelihara kesihatan sebab tak sibuk, tak rushing dan tak stress. Kerja berangan sah no 1 lah..berangan gaji kang nak beli apa, eh  silap, berangan bila lah gaji nk keluar!! Wakaka, memang sihat giler lah kerja kat sini..





27.4.11

Pengurusan Kewangan Kita

Info menarik yang saya terjumpa di (sini)
Tentan pengurusan kewangan ..

kematian mengejut

pengalaman 30 tahun hidup tanpa hutang

26.4.11

Saya suke naik bas..

Ingat tak dulu ada satu iklan ..saya suke naik bas..
sekali bile kena asap kenderaan..terus muka jadi hitam,
lebih kurang lah iklan macam tu
Masa remaja, bas lah pengangkutan paling popular buat aku
Ke office, naik bas..ke shopping kompleks naik bas..

18.4.11

Tanda-Tanda dan Penyakit (Bahagian 1)

Sekarang musim demam, selsema dan batuk dek cuaca yang tak menentu
Elok-elok pagi cuaca cerah..alih-alih tengah hari mendung
Petang nya hujan pulak...haihhh!!
Ni....jom kita baca sikit info pasal tanda-tanda dan penyakit  dari email personal aq

15.4.11

Aku seorang CEO......(Wajib baca)

Baca kisah ini sampai habis...memang REAL...renung-renungkan ! selamat beramal ! Especially kepada para pekerja di sektor awam. Yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadi tauladan.




14.4.11

Makan sayur banyak boleh jadi gemuk?

Betul ke?
Makan sayur banyak boleh jadi gemuk?
Yang biasa-biasa, makan sayur sebab tak nak jadi gemuk ada lah..




13.4.11

iPad dah ketinggalan zaman

Tahun ni , 21 April aq & en hubby menyambut anniversary yang ke 5
Tahun lepas kami dah beli iMac untuk kegunaan bersama..fb, twitter , blogging..
Tahun ini nak sambar tumpang sekaki iPad pulak..
Tapi...




6.4.11

Seluar Tangan

Trend baru
Seluar untuk tangan
Kita tengok siapa yang kena