Stalkers


Yang kesah

14.4.13

Di hujung minggu

Cuba fefeeling esok Ahad, argh 2-3 saat je mampu, sebab hakikat nye hari ni dah Ahad.

Lepas zohor tadi gi makan kenduri kat umah Haji Maskor, pengurus Pasti Bukit Naga.

Bebudak 2 orang ni aje dibawak. Auni sedang membuta. Memasing semangat nak bertudung.


Lepas kenduri, terus ke umah kakak ipar kat Jalan Kebun, anto kain ela baju raya bebudak untuk dijahit. 2 pasang memasing.

Lepas lepak layan Raja Lawak 7 versi ulangan, baru lah terjah ke Taman Hijjaz Mulia. Tak lah eksaited memandangkan Mr Padiapa kata kansel nak pasang gril semalam, nak pasang hari Selasa ni pulak. Cam sengal gitu. Ko delay delay ye Pa! Sungguh memvencikan..

Mujur lah, mujur lah table top Cik Mat menjadi penyelamat..sejuk sikit ati menengok.



Sebabnya dah siap pon kabinet nye. Dah dipasang table top nye itu. Ada sikit lagi benda request dengan dia, so lepas ni selamat lah nak membayo.

Rumah aku ni tak de lah nak di dekorasi fefeeling nak masuk majalah ke hape kan, setakat yang sedap di poket dan di mata kami jer la.

Settle buat yang wajib untuk umah ni, nak menchantekkan pulak umah sekarang ni! Dari bayor 10% nak beli double storey itu, elok renovate umah sekarang yer en dol??

In Sha Allah, kok ada rejekinya..Aminnn.

Ni tatau pukul berapa mau lelap, terminum air tahan mengantuk plak tadi..

- Posted using my iPhone -

10.4.13

Terapi Diri

Aku tak plan nak ambik cuti sebenarnya, tetibe disuruh bercuti pulak oleh en dol.

Di suruh meneman menengok wayang gitu. Terapi diri setelah bekerja 7 hari seminggu minggu lepas.

Takkan tanak teman kan kan? Aktiviti berjimba harus lah aku sepenuh hati memberi komitmen gitu.

Nak ke jalan tar tu, jauh sangat pulak, sebab en dol dalam mode standby, mana tahu kene turun kerja kat Putrajaya tu, tak ke naya bini nak balik umah susah.

So, pegi dating dekat dekat aje. Gi Summit Subang USJ nak redeem 2 tiket wayang pree kekononnya. Sekali, masa beli 2 tiket kena caj rm14 aje sebab, hari ni hari Rabu, separuh harga aje.

Tiket pree simpan dulu,kot lepas ni pergi hari jumaat ke, x de less hari tu. Yang murah kita bayo, yang mahal baru redeem tiket nye.

Sejam sebelum wayang start layan dulu aktiviti jalan jalan cuci mata kat Mr DIY.




Kedai jual barangan dari China. Belikan stationery kit untuk bebudak 2 orang itu. Sejam duk sini, layan karenah mata je la..

Layan GI Joe Labu tadi. Filem aksi. Layan jugak lah ini film sebab ada muka muka pelakon aku besa tengok macam si The Rock, Bruce Willis dan Lee Byung Hun si Korean itu.




Habis wayang, trus blah. Tapi sebelum sampai umah, menyinggah dulu kedai mi kari Bukit Naga dekat area masjid tu.
Ala ala melepas gian gitu nak pekena kari nya. Aku punya pilihan biasa la, kuew teow kari dengan cendol. En dol plak mi kari dengan ABC.




Lama tak datang sini. Harga pon dah naik.
Bihun/mi sup/kari rm3.50.
Kuew teow sup/kari,soto,laksa rm3.30.




Slurpppp! Yummeh!
Okay...good nite, sleep tight. Esok mahu kerja aa,

- Posted using my iPhone -