Stalkers


Yang kesah

19.1.12

Jiwa kacau

Baguslah esok dah jumaat. Dengar dengar bos nak announce half day esok sempena CNY.Yea.. Aku perlukan rehat. Minggu ni sangat padat, sampai sendat kotak kepala, jari tersepit.

Cuti lama, sabtu sampai selasa. Tak tahu nak pergi mana. Mungkin balik kampung atau ukur shopping mall.

5.1.12

Skodeng Skodeng Sopie

Baru sempat nak hapdate. Ini lah modalnya..anak masuk tadika/sekolah. Al maklum sesi persekolahan start semalam. Untuk Sopie, semalam pulak adalah hari orientasinya.

Agak merisaukan sebab ini kali pertama dia ke tadika. Perasaan risau memang ada sebab dia perlu berdikari lebih tahun ini untuk travel dari / ke rumah dan tadika dengan van.

baru berlatih pakai baju

Macam semalam cuma dapat ajar dia pergi tadika dengan van, tunjukkan kelas ,tempat duduknya dan ajarkan dia bezakan toilet girl/ boy. Asalnya ingat tak nak cuti hari ini sebab  yakin Sopie boleh bawa diri dia, lagipun bukan Sopie nak pergi stadium Bukit Jalil, pergi tadika jer! dan kat sana ada ramai guru-guru yang pasti akan membantu.

Tapi, rasa macam tak puas hati jugak kalau tak tahu macam mana keadaan Sopie masa sampai tadika tu, so aku dan en hubby pun melancarkan misi skodeng-skodeng Sopie. Selepas Sopie naik van ke tadi, kami pun bertolak ke tadikanya tapi kami sampai lebih awal , sebab van Sopie perlu hantar budak tadika lain.