Stalkers


Yang kesah

27.6.21

Stamps Lembaga Hasil Dalam Negeri

Permohonan penyeteman bagi surat cara sekuriti adalah diwajibkan dibuat melalui STAMPS mulai 1 Mac 2021 kecuali bagi surat cara subsidiari yang mana surat cara prinsipal telah disetemkan menggunakan kaedah Setem Tertera Frangki Digital. Walau bagaimanapun, bermula 1 Julai 2021 dokumen suratcara subsidiari berkaitan hanya boleh disetemkan menggunakan kaedah Setem Hasil.

Sekian, harap maklong 🤭🤭

Copy paste dari web stamps 

Haaa penyeteman sekuriti ni untuk kontrak kerja syarikat la. Kata nya dah effect sejak Mac 2021 baru-baru ni. 

Share sikit experience buat penyeteman sekuriti secara online ni. Penuh suka duka bersulam menci! Huhuhuhu. 

1. Kena register sebagai ejen dulu. Jangan risau..tak de caj pun masa daftar. Aku upload IC copy depan belakang & company form kat stamps tu. 

Aku ni.. terpaksa la aku register jadi agent LHDN untuk kompeni. Online tak online, Aku jugak hadap nya benornya. So, i is pasrah jugak la. 

22.12.20

December ..Saya menang!

Dah December rupanya..👏👏👏

Cepat aje masa berlalu, bila bersama Covid ni.

Bulan ni best, sebab period dah back to normal. Tak sempat nak ambik ubat pun. Tawakal aje dengan segala mak nenek excercise je. Tak lah power sangat excercise nye pun, sekadar jogging, brisk walk & aerobik sikit. 

2-3 tahun ni aje baru perasan, bila nak period tu, badan sakit² la, pinggang cramp, kepala pening².. Mungkin la pertambahan faktor usia, lagi sensitif dengan tubuh badan tu.

So, kekdahnya Aku menang la yer. Tak makan ubat , period datang seperti biasa. Kena maintain diri bersenam la rasanya. Baru hormon badan tu function betul².

Harap bulan depan pun normal cycle period ni. Tak tahu nak tackle camne dah. Kalau boleh tanak la telan ubat tu 😣😣

14.11.20

Akhirnya..datang juga

Debaran menanti bendera merah berkibar. 

Tapi betul la, hari ke 22 ,yakni hari pertama off makan pil oralcon tuh, selamat lah menjulang bendera merah nya. Gila tak impress!! 😂😂😂

Hari pertama dan kedua cam light2 aje. Tapi badan Aku sakit2 lah. Belakang badan, pinggang cramp oi.

Berkat merajinkan diri excercise tah pape cedol dari tiktok tuh, lega sikit lah yang cramp2 tu.

Period day 3 baru start heavy flow sikit..plus ada ketulan darah beku, plus cam lendir² jernih. Ape kah itu? 

Kejap lagi nak bertungku kejap. Seminggu dua ni memang Aku dah start bertungku sebab bloating tu. Tu lah tak de bendera merah, badan pun kembang2 aje. Itu diet pun, cam tak berapa jalan sangat. 

Nanti nak jumpa pharmacist tu balik. Nak continue makan lagi sebulan ke dah boleh stop tu.


8.11.20

Aku Dan Oralcon

Salam bulan Sebelas. Huhuhuuu cepat oii masa berlalu.

Selangor ni dah sebulan ha PKPB nya. Habis semua media sosiiiiiial aku berpeleseran buat memenuhi masa lapang. Nah tiba lah mengupdate blog aje lah pulaknya. 

Nak citer jer lah sekarang tengah consume pil perancang oralcon. Ambik untuk stabilkan period cylce..
Tak de period ni, agak sukar ya nak buat family planning supaya tak ngandong ni. Period datang, then kita tau bile hari subur hari tak subur. 

Dari habis pantang 2 bulan masa June tu..datang bulan masa bulan 7 & 8 je. Tu pun tak follow cycle 28 hari tu. Selalunya lepas 40 hari nifas, selalu dah ada period. Lewat tu 1 hal..dengan overflow nye bagai. 
Bulan 9 & 10 terus tak de period. 

Hujung bulan 10 baru perasan aku tak datang period. Mujur negative. 

Aku rasa ni semua gara² ambik ubat metformin & injection insulin masa pregnant ritu. Haru biru hormone badan ha jadinya. Dah abis beranak, ingat dah tak de kesulitan dah la. Hmmmm bertabah je lah. Huhuhu. 


Aku makan pil ni sebelum tido. Kalau siang..riso terlupa makan. Aku kalau gi kerja, ngadap kerja plus ngadap benda² laghooo ade high chances aku terlupa rutin makan ubat tu. So, 

3.10.20

Hai October

Hahaha tetibe hai gitu.

Last posting in May kot. Haihh gila lamaaa. 

Nyaris hari ni nak cuti sebab anak buah nak datang rumah, tumpang stay sebab nak register kat UM ahad ni tapi KPT dah inform cancel dulu. So, tak jadi la datang diorang tu. 

Tapi sebenor tak dapat nak cuti jugak punnn.. whole day review mende ISO. Adoi membencikan betul kerja iso ni. So buat kerja pun maleh, semua ajet last minute je.

Tapi early this week cam tak sihat jugak benornye. Mild flu, kepala pening..Yang pening nih dari balik trip Perhentian tu dah.
Sebab mata rabun ke? Hahahaah..yang paling penting, harap bukan simptom berbadan 2 #sistakrela.  


Okay petang tadi lari termenung duduk belakang meja pingpong jap, tahan ngantuk dan pening. Kena cari banyak lagi tempat boley hilangkan diri tanpa jejak ni.🤫😌

1.5.20

1 Mei 2020

Salam 8 Ramadan..

Lost count dah PKP ke berapa hari..Isnin depan pulak bakalan start PKP- B..PKP bersyarat katanya.

Kebanyakan company dah nak start fully operate Isnin ni, 4/5/2020. Laki aku pun dah start kerja jugak. Kecoh dalam socmed rini, pasal moratorium , lagi 1 pasal PKP B tu lah.

Yeay..aku masih cuti bersalin lagi. Hari ni hari ke 24. Kadang rasa masa lambat berlalu, bila dah jengah bulan Mei, rasa cepat pulak.

Kikiki ade berbaki 20 hari lagi tu. 

Rutin² pantang masih buat jugak la walau rasa dah sihat walafiat sangat ni. Kadang ade gak culas bertungku..kenangkan lepas 44 Hari, tanak dah bertungku..gigihkan jugak la tungku 2x sehari.

Nifas masih ade lagi ni...Hmmm harap ade la sempat berpuasa jugak nanti. Kalau tak dapat, tak pe lah..nanti lepas Raya, qada la puasa terus kan. 

Btw..Selamat Hari Pekerja untuk semua!! Ingat boleh rileks..haha ade je cikgu-cikgi keep bagi kerja sekolah tadi.

25.4.20

Tepung Pelita Moden

Salam Ramadan..
Dah masuk hari ke-2 ni. Syukur la 2 hari ni cuaca tak panas terik, sebelah petang pun hujan.

Semalam plan nak masak untuk bebudak tapi..tengok lauk pun dah banyak, tak jadi la masak. Lagipun jari aku cepat kecut la bile kena air banyak².. Tu lah, mak berpantang aka mak tang duk pantang lagi kan. 

Ade bebudak request nak kuih tepung pelita tu,since semalam aku dah order roti John, ade goreng pisang dah, so tepung pelita buat hari ni je lah.

Ni lah resepi nya. Mudah aja. Saya pun sukaaa. Hahahaha.
Kredit to FB: Resepi Orang Muda

Bahagian atas dan bawah tu just masakkan atas api ..buat asing² la.Tak payah nak kukus ape dah lepas tu.

Since tak rajin nak buat bekas guna daun pandan tu, daun pandan pun tak banyak, aku buh lam tipuware je lah. Senang nak simpan dalam esbok pun iyea.

Tengok lah, kalau semangat waja, esok nak mendonat lak. Blaja buat kuih² yang bebudak makan je.

23.4.20

Puasa 2020

Esok, Jumaat dah nak start posa ya.

Tahun ni dah pasti berbeza sangat sebab kan PKP due to covid-19 ni. Tak de terawih kat masjid dan apa² aktiviti berkumpul tak boleh buat. Baazar Ramadhan pun tak de.

Persediaan puasa? Aku pun masih mood pantang..memang tak de lah masak beria ia bagai. Plan nye untuk berbuka esok, Aku masakkan lah juadah berbuka tuk anak² nih. Untuk sahur nanti, leave it to apak diorang lah.. Biase awal² sahur ni tak berapa selera makan..ngantuk je lebih.

Persediaan untuk Raya? Aku buat la sikit² walau dilanda kesenduan sebab covid dan kehilangan baby. Persediaan tu sambil²
congak la perbelanjaan tu jugak..katanya recession time kan sekarang ni.

Selamat beribadah di bulan puasa ni. Maaf andai ade kesalahan yang sedar atau tak sedar dilakukan . Bulan puasa yang pastinya berbeza dari tahun² sebelum ni.







21.4.20

Anniversary 14

Hari ni 21 April.. genap 14 tahun menikah dan genap  sebulan kehilangan mek Arissa 😔😔


Brownies ni suruh sil aku buatkan..haha tak koser lak Aku nak baking time² gini.

Pantang hari ke 14 jugak today.. Elok dah pagi tadi timbang..dapat la 56.4kg.
Habih la gemuk balik sebab belasah brownies 🤣🤣😅

18.4.20

Bengkak Susu Dah Kurang

Aku kena bengkak susu ni masa hari ketiga.
No wonder la belakang rasa sakit sangat.

Bila Aku start berurut, lega la belakang badan tapi makin bengkak breast aku dibuatnya.

Hari keempat terus start pam. Susu tu tu campurkan balik dengan susu Aidan. Tak berani nak try bagi dia direct, karang syok..dah susah nak cerai susu balik.

Aku baru tahu cara pam dengan betul. Selalu pam mode suck yang laju tu, sebab breast pun sakit bengkak, cam ada ketulan tu, buat la slowly..akhirnya dapat gak kosongkan breast dengan betul. Bengkak pun makin kurang.

Hasben ada call farmasi , tanya ada jual tak ubat untuk  stopkan pengeluaran air susu. Tapi budak farmasi advice jangan amik ubat, cuma suruh jarakkan waktu pam. Aku pam setiap 4 jam, then gapkan 6 jam..  then  jarakkan lagi lama.

Hari ni, hari kesepuluh, Aku tak de pam langsung. Breast pun tak de ketulan pelik² tu. Alhamdulillah.



16.4.20

Pantang Hari 9

Hari ni masuk hari ke 9 pantang..tak tau MCO ke berapa dah tapi fasa 3 dah.

Mengurut dah abis 3 hari, start hari ketiga tu hari. Nasib last minute ada terjumpa tukang urut kat area Bukit Naga ni je.

Sekarang, sambunh je la rutin biase, berbarut, bertungku dengan harta karun pantang bawah ni.


Harap habis guna sepanjang pantang 44 hari ni. Hahaha InsyaAllah.

Aku start pantang dengan set NR sejak bersalin Aidan. Musim PKP ni, kedai-kedai jual supplemen, jamu ni memang close rasanya. Aku nak ronda-ronda pun tak de masa. Nasib baik dapat order kat Shoppee.
Delivery pun cepat aje.

Makan pun follow je rutin pantang selalu tu. Sepanjang 9 hari ni menu ikan je lah. Tak de demand mana, lagipun Aku tak de nyusukan baby pun.

Pagi tadi timbang, berat 58.7kg. Sebelum pregnant 65kg. Lepas 3 bulan pregnant, sebab alahan..berat drop jadi 60kg. Dia pi mai pi mai naik 60-61 kg je lepas² tu.

Tak leh makan banyak, sebab tak de baby tukang sedut dah. Supaya tak lapor sangat, kadang tu try jugak makan setiap 2-3 jam gitu.

Masalah dengan berbarut@berbengkung ni..seeloknye baring lah. Hahaha. Kalau ade baby dulu, leceh la berbarut berbengkung ni sebab susah nak gerak, nak angkat baby ape. If you know what I mean la.

Kalau pakai barut, aku baring terus tertido la jawabnya. Tak de lah hari-hari Aku bantai tido, kadang ade makhluk bagi kerja jugak.

Office pun 1 hal jugak  sebab MCO ni, tak sempat nak interview replacement untuk Aku pergi cuti bersalin. Dan kebetulan pulak Aku pun start cuti awal. Sepatutnya Aku due on 28 May 2020 (38 minggu aje sebab GDM tu). Due date asal 6/6/2020 (40 minggu). Tapi, sekarang ni, date 6/6/2020 will be my last maternity leave. Huhuhu.

Harap nifas Aku stop la sebelum bulan pose yang bakal menjelma lagi 7-8 hari ni. Harap dapat lah puasa jugak walau tak penuh.


12.4.20

Kisah Keguguran 7 Bulan

Tak banyak info Aku dapat pasal keguguran 7 bulan ni dari pakcik Google.

Lepas Aku dapat penerangan Doktor, aku ikut je lah advise dia  untuk bersalin lepas 1-2 minggu.

Aku go with the flow je bile Doctor advise untuk bersalinkan baby lewat 2 minggu lepas tahu baby dah tak de heart beat tu.

Doctor suspect berpunca dari komplikasi kencing manis masa mengandung tu atau GDM. Atau maybe ade genital problem ke yang tak dapat di  detect melalui details scan.

Ralat jugak..masa details scan, baby lindung muka die masa sonografer nak ambik gambar muka dia.

Doctor kata better begini, dari baby dah lahir, then Aku dan hasben kena susah payah besarkan anak yang ade penyakit jantung kronik ke sebagai contoh.

Pantang Hari Ke 5 ..2020

Hahaha banyak tahun ade berpantang kan, so ini kali pantang di tahun 2020.

Tapi pantang kali ni sangat menyedihkan..sebab baby dah meninggal dalam kandungan Aku pada usia 28minggu.

Macam mana boleh tahu eh baby meninggal? Itu lah naluri ibu kan.

Sedih lak nak imbau balik. Biar Aku simpan je lah kronologi nye..

Alhamdulillah, urusan mandi,kafan, sembahyang dan mengebumikan selesai pada hari pertama Arissa lahir tu, 8 April 2020.

12.1.19

2H 1M Di Colmar Tropicale

Adoi..sorry hilang ingatan bila aku type entry ni tapi aku sempat save aje, tak dan nak publish.

Gambar pun tak dan nak upload. Al maklumlah busy ..hmm busy, yes busy sikit!!

Banyak pulak cuti bersambung di bulan September ni.

Plan nak gi Floria lah sempena cuti Hari Merdeka. Mengenangkan nak bertawaf lama..Hmmm cam malas lah. Hahaha manjang malas. Nak balik kampung, tunggu following week sebab cuti lagi panjang. Nak spend masa kat Jalan Kebun..Hmmm dah boring dah. 

28.8.18

Hari Sarapan Malaysia 2018 Putrajaya

2 minggu lepas, memenuhi permintaan tok laki nak family run gituu..So, die register kan lah whole family untuk event Malaysia Breakfast Day 2018 Putrajaya.

Korang korang leh register next year..goodies best, event pun best. Tak Mahal rasanya registration tu, hanya memerlukan kekentalan aje..Dengan nak bangun awal pagi nye, menyiapkan depa-depa ni sebab event larian ni selalunye start awal.

Aku pun gerak dari Jalan Kebun dalam 6.30 pagi gitu. Lalu housing area Rimbayu , shortcut dari Jalan Kebun ke Putrajaya.

Yang ni okaylah, start berperingkat peringkat dari jam 7 pagi sampai 8 pagi. Hmm, dah sampai, kisahkan nak parking lak..Huhuhuhu memang kene hati waja lah eh. Kalau kite bawak diri kite je, lain citer..Ni bawak Yang kenit kenit, Tak reti bahasa...Duhhh bikin stress gue!!

Laki aku..Tak de maknanya podium eh, mintak die jalan sekali dengan bebudak ni especially hat si boboiboi Tu..Ya Allah, macam gasing la kanak kanak ini!!!Tanak die duk lam stroller..kejap bapaknye dukung, kejap Aku ..kejap die nak jalan sendiri..Macam macam karenah! Boleh kata parents lain pun facing mende yang sama.

Tengah tengah running Tu..Tak de ah running, brisk walk eh..jalan laju laju je..Auni ,Sarah jalan dengan Aku. Aidan & Sopi dah kedepan sebab banpak nye tolak stroller. Alih alih, Kami ni sampai dulu. Hahaha tak tau diorang stop kat mana yang jadi ketinggalan tu.

Oh lupa nak kabor, running tu 3KM. Cam musykil gak 3KM ke tu..cam 5KM aje. Hahaha cam jauh jugak. Habis lari, collect goodies, breakfast ape..terus balik, dalam 10AM gitu lah. Event tu tak silap sampai malam jugak.

Nak melengung lama lama camne..si gasing tu tanak duk diam. Moody lah segala sebab dah ngantuk.

Aidan pun dapat baju tapi tak muat size 2XS tu.
Labuh cam sarung jubah lak kalau die pakai. 


Tuan tanah tak gemor sangat aktiviti meletih badan ni.
By right, okay lah ade aktiviti Gini, leh kurangkan stress bekerja. 
Almaklulah kerja memang banyak lately.


Kuat jugak die berjalan..itu Yang seronok minum air Milo ais. 


InsyaAllah ade lagi event family run next month. Kat mana eh, Aku lupa lak..sumwhere kat Key El jugak lah..hahaha lupa lak kat mana. Tasik ape tah. A sec


26.8.18

Day trip ke Morib & Paya Indah Wetland

Hello, selamat malam dunia.

Mata ada sedikit cerah, sebab petang tadi dah bantai tido seround. Hahaha.

Pagi tadi bawak budak budak jenjalan sempena cuti sekolah ni.. Nak suruh bawak gi Muzium Coklat, tapi tu lah, rasa malas nak masuk bandar. Jadi, bapak nye arrange pergi yang dekat rumah aje.

So, ke Morib jer lah kite.

Orang lain datang tuk piknik, bawak tikar, food segala. Kitorang datang sight seeing je lebihnye.

Bebudak ni sempat gak terjun kat lopak air kat pantai. Laut tengah pasang surut eh. Main main pasir kejap, layang layang..hmm pastu kekonon nak gi Floria, end up gi Paya Indah Wetland aje. Nak tengok buaaya, tak muncul muncul lak, sakan die berendam aje. Nak tengok badak pun, badak pun tak de tadi. 

Background langit yang membiru ni cantik. Air tengah surut tadi. Nanti petang air pasang naik la tu. 

Bapak nye melayan bebudak main layang layang. 


Cuaca tadi panas sangat. By tengah hari, dah rasa nak balik rumah dah. Cadang nye nak ke Floria jugak, tapi sebab cuaca panas, so malas lah. Balik umah jer pastu. Lagi lak aku de kerja lak kene settle. 

Kalau rajin, boleh lah sok ke Floria kat Putrajya tu, atauuu Aku nak suruh depa ni settlekan cat pagar umah aje. Terbengkalai sejak bulan puasa tadi. Tapi duk dengar dengar bebudak tanye bile nak gi Muzium Coklat? Hmmmm letih Mak!!!







23.8.18

Aidiladha 2018

Salam Aidiladha 2018.

Rasa awkward lak, raya haji tak balik kampung. Selalunya setengah hari hadap jem. Pastu Hari Raya sibuk gotong royong untuk kenduri kurban. 3-4 tahun kebelakangan ni sebelah family mertua memang korban sekor lembu.

Tahun ni..pic nye lambat lah arrange untuk buat kurban. So, kitorang dah join sini dah.

Antara sebab lain ,tahun ni tak balik Raya, boss aku tak bagi cuti.. Tak bagi cuti fefeling hade testing instruments. Last minute, baru lah izinkan staff bercuti bagai. Sebab, die pun nak balik beraya. Hmmm.

Hmm, dah hujung2 , memang tak lah aku nak cutinye, dah laki aku pun tak leh dah nak apply cuti. Sebab kawan-kawan dia pun dah apply cuti jugak.

So,beraya lah di kampung jalan kebun saja.


Ni jer aktiviti bebudak petang Raya semalam. Masing2 melayan aktiviti sendiri. Dah petang kul 5pm, gerak la nak ke Pantai Morib..Hmmm sampai je sana, hujan selebat lebat nya. Tak de lah rezeki budak budak pijak pantai..

26.6.18

BBQ Malam Raya Pertama

Salam syawal..Tak pasti ke berapa dah.

Nyaris terlupa..Ada event best Raya tahun ni. Kami buat BBQ Malam Raya Pertama tu.
Kakak ipar aku punye idea la..nak memeriahkan rumah pusaka tu la.

Sebelum Bulan puasa, sil Aku dah start berkemas-kemas rumah pusaka tu and repair bumbung rumah yang bocor. Untuk memeriahkan lagi..kite tampal la wallpaper. Naik la seri sikit..

Berbalik kepada cerita BBQ kite..ni bahan bahan kene bakar hasil potluck each family.

20.6.18

Selamat Hari Raya 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan rakan yang menyambutnya.



Raya cam biasa lah. Balik ke kampung halaman kami di Paris Buntar,. Aku laki bini start cuti dari 13/6 sampai 18/6 aje. Tu lah tuntutan kerja kan. Terpaksa bergilir dengan opis mate lain.

Nanti lah aku tak kerja, aku raya sebulan ..sampai raya haji. Gituuu!!!  Wakakaka. Vongok!

Ni tahun pertama beraya tanpa ayah mertua aku. Beliau tetap dalam ingatan dan doa dari anak menantu. Jadi, ni lah tahun pertama persiapan raya aku dan sil aku buat sendiri tanpa bantuan mak mertua aku.

Banyak benda boleh tulis lagi..tapi chow dulu..hahaha orang tak de ni, bersiap nak balik rumah lah dulu..

23.5.18

Refund Dari Shopee

Last month lah anak buah Aku minta tolong beli barang, car scanner dari Shopee.

Lakinye mechanic, so nak scan kerosakan kereta la nanti. Barang macam murah jugak lah. Lepas less, baru RM113++. Harga asal nyer RM197++

Kalau tengok delivery tracking, barang ship dari China sana. 3 minggu gitu delivery.

So, nak jadi drama..barang sampai. Tapi model nye tak serupa dengan yang Aku order. Tak expected lak jadi camni kan. Anak buah aku pun panik jugak. Aku pun send message kat chat dengan seller tu and inform Aku received barang yang salah. Hampeh..die online tapi tak reply. Aku siap letakkan gambar barang anak buah Aku dapat lagi. Dia buat senyap jer.. Duk keluar auto reply, messsage will be reply soon gitu aje. Cissss.