Stalkers


Yang kesah

27.6.21

Diet 2021

January sudah!
February sudah!
March, April, May pun sudah!

Hahahaha Jun.. hampir nak sudah!

Nak coret pasal fasa turunkan berat badan tahun ni lah.

Officially Aku start pada 6 Jan 2021 dengan berat 65kg. December 2020 tu 68kg tau. Seram ooo!

Mid Jun 2021 baru ni, berat Aku 58.7 kg 🤭🤭
Paling ringan masa bulan puasa tadi, 56.1 kg 

Aku tak suka tahan lapar, so IF bukan pilihan aku. Aku cuma eat clean & amik kalori around 1200kcal/day. Pastu  pairkan dengan brisk walk / slow jogging sebab nak cepat berat turun.

Bila start jogging tu, nampak ketara gila badan aku mengecik. Inch loss banyak la kiranya. Baju aku dari saiz XL, sekarang pakai M pun dah selesa. Inch loss sampai ke tangan-tangan aku sekali mengecik. Huk huk huk. Itu pun laki Aku komen, aset² Aku pun dah menguyus sekali katanya😅😅. Bila chubby, dia suruh kuyus. Dah kuyus, chubby kan sikit 🙄 

Aku fikir-fikir balik, tak de keperluan pun aku nak kurus keding nya. 
Itu belum ye mulut acik bawang tu mengomen, kuyus sangat dah ni ha katanya. Tak helok kuyus2.
Aku suruh berat aku je turun, tapi sekali pakej lak badan kuyus sekali.  

Sekarang ni, aku makan je cam biasa. Ada hari eat clean, ada hari macam rimau. Diet santai santai aje sudah. Aku belum fix kan berapa kalori aku nak untuk sehari. 1400 kcal ok kot kan. Pasni aku concentrate brisk walk je lah. Tayah jogging2, skipping sangat!

Aku suka gila brisk walk tepi2 tasik ke. Ade view camtu, rasa privasi pun iyea. Aku doakan laki aku semakin kaya lah, so that kot2 boleh lepas ni beli rumah baru tepi tasik. Wakakakakakaka. Selak aje pintu belakang, jumpa da tasik gitu. 

Maybe next year January aku buat full blood test la kot, nak tengok reading kolesterol aku dengan gula darah aku camne je lah. Ha boleh buat comparison kat situ je lah. 

So, istiqamah ye kita diet sepanjang tahun, untuk long term..sepanjang hayat la! 

Stamps Lembaga Hasil Dalam Negeri

Permohonan penyeteman bagi surat cara sekuriti adalah diwajibkan dibuat melalui STAMPS mulai 1 Mac 2021 kecuali bagi surat cara subsidiari yang mana surat cara prinsipal telah disetemkan menggunakan kaedah Setem Tertera Frangki Digital. Walau bagaimanapun, bermula 1 Julai 2021 dokumen suratcara subsidiari berkaitan hanya boleh disetemkan menggunakan kaedah Setem Hasil.

Sekian, harap maklong 🤭🤭

Copy paste dari web stamps 

Haaa penyeteman sekuriti ni untuk kontrak kerja syarikat la. Kata nya dah effect sejak Mac 2021 baru-baru ni. 

Share sikit experience buat penyeteman sekuriti secara online ni. Penuh suka duka bersulam menci! Huhuhuhu. 

1. Kena register sebagai ejen dulu. Jangan risau..tak de caj pun masa daftar. Aku upload IC copy depan belakang & company form kat stamps tu. 

Aku ni.. terpaksa la aku register jadi agent LHDN untuk kompeni. Online tak online, Aku jugak hadap nya benornya. So, i is pasrah jugak la.