Stalkers


Yang kesah

22.12.13

Bini Boss

Suatu petang minggu lepas bini boss yang sorang ni bertandang kat opis.

Turun padang lah kejap sebab dia dengan boss ada miting dengan tutttt sebab tutttt..Alhamdulillah, murah rezeki kerja sini kan boss! Aha, kecoh kat sini kang, jadi bahan gosip pulak.








Bini boss quite friendly. Berani lah buek sombong, report kat BN kang!!
Ahaha, acah aje.
- Posted using my iPhone -

17.12.13

Notis Dari ASB

Sibuk pulak aku nak tampal tampal notis.

Nah , sila baca..


Nak wat kira kira katanya.

- Posted using my iPhone -

Kembali Ke Sekolah

Aku pinjam sikit word "pening" dari boss aku..asik cakap pening, garuk garuk kepala. Menyampah!!

Hari ni dup dap dup dap dah kurang, lepas dah Sopie gi sekolah agama.

Ni petang semalam masa nunggu en laki mengambil aku balik kerja, nampak dah naik banner pasal hari orientasi sek ren pulak pada 27 Dis ni.

Masak lah aku nak kena bercuti lagi.

Belum kira lagi si Sarah punya. Sarah punya nak diurus hari pertama buka sekolah. Yang ni aku super dup dap sebab dia pestime ever nak gi tadika. Gaya macam yakin giler. Aku takut dia jadi johan idola kecil aje!


Bff masa zaman gulung diploma impress anak aku dah darjah 1. Korang gulung degree, aku gak lipat lipat lampin dulu. Huhuhu.

- Posted using my iPhone -

16.12.13

Notis Gangguan Bekalan Air

Kpd sahabat2 KL n SEL..

INFO PENTING: SEJUTA PENDUDUK SELANGOR & KL HADAPI GANGGUAN BEKALAN AIR MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR - 13 Dis: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Dis (Ahad).

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.

Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.

Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:

WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul. 6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato' Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa).

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK:

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING:

Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:

Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang. - BERNAMA


- Posted using my iPhone -

15.12.13

Misi Mencari Pijon

Baru tersedor si kenit makin tua bangka, lalu kuat minum susu. Habis..dah 14 bulan umornye..

Sekarang kenit menyusu guna botol susu 5oz aje. Memang kuat menyusu lah, harap malam jer bagi susu badan sebab omak malas nak bangun bancuh susu..

Terjah JJ Mid Valley last 2 weeks masa member card day, mencari botol pijon beso sikit..tapi tak de stok yang beso. Yang 5ozpon rega aje dah RM59. Kalau ada less 10-20% cun jugak tu..tapi hampess tak de size beso.

Masuk website official Pigeon Malaysia, nampak ada botol wide neck size 8oz.
Huk huk huk..mana lagi nak gi mencari kan..Fefeelin mahu terjah Metrojaya pulak.

Kenit aku ni dari semurah murah botol dan puting, sampai tang botol dan puting wide neck Pigeon Peristaltic Plus ni baru kena dengan molot dia. Demand sungguh molot ekau yer!!


Belum sempat terjah Metrojaya lagi..dah beli dah tadi. Ada baby fair kat Aeon Big Kota Kemuning tadi. Tapi kecik je fair nye,macam tak sampai 20 booth pon.

Mujur lah gigih meninjau ninjau, nampak ade booth Pigeon ni. Dapat lah 2 botol 5oz dan 8oz @RM39.90 sahaja.

Rezeki kamu lah Auni oi..tak yah omak merantau seluruh Shah Alam mencari..Murah pon murah!

- Posted using my iPhone -

9.12.13

Masak Orang Malas

Dengan kuali ajaib, semua nye mudah. Campak aje.

Contohnya aku campakkan lamb yang dah diperap dengan garlic dan lada hitam.

Campak 3-4 titis minyak dalam kuali.

Campak lamb ke dalam kuali ajaib kite.

Taraaaaa...



HIG tu ialah Haji Ismail Group. Kat mana lagi asalnya kalau bukan dari Langkawi. Brand lain ada Vantage, lain lain tu macam Ikan Pemanggang Ajaib pon ada.


Api tak kuat pon. Kejap aje dah separuh masak. Agak agak dah 10 minit tu, campakkan pulak sikit bahan perasa, garam gula semua yang disukai lah.


Kaler ala ala meriah tu sebab aku campak sekali capsicum ijo dan merah, tomato di belah belah. Last sekali campak sebelum nak tutup api, aku campak kan kacang buncis.

Nak sayur ada, nak sumber protein pon ada.

Alhamdulillah, dah kenyang.

- Posted using my iPhone -

8.12.13

Undangan Hujung Minggu

Musim cuti sekolah katakan, banyak undangan walimatul.

Yang dokek dokek lah mana sempat pergi.
Hari ni aje 3 undangan, tapi aku follow en dol lah..gi wedding anak dato' datin. Ahaha..sedap lagi makan kenduri last week. Mesti bajet lari sebab nak buat kat Perbadanan Putrajaya nye pasal tue.


Lepas balik makan kenduri di Puncak Alam 2 minggu nan lalu, turun ke Sungai Buloh, jenguk rumah pengantin baru. Dah tak jauh kata nya.

Lalu balik menyinggah nurseri pokok yang banyak lot tu kat area Kota Damansara.
Tak tahu lah en dol ape nak dia beli, macam nak cari rumput, macam nak cari kaktus, tapi keta nya dah penuh dengan orang. Jadi balik tangan kosong jer la..









Yo yo je pohon sakura. Artificial punya je pon. Ni jadi macam sorang sepasang lak.

Itu yang end up angkut kaktus mini, sepasu rm3 aje. Kene semai lah balik sini.

- Posted using my iPhone -

ke Cameron kite!!

Teruk juge Kuantan di landa banjir. Semoga cepat lah surut air bah nye.

Aku baru je naik Cameron Highland last week. Last week lah start hujan. Sebab ada di puncak, hujan tu tukar jadi kabus tebal, hujan renyai renyai aje. Macam cun lah scenery kat atas tu. Memang tak de langsung kene panahan matahari. Redup, mendung, hujan...

Trip kali ni kakak ipar dan 2 anak dia pon join sekali. Since dah ambik apartment. Boleh masuk 11 orang katanya. Best jugak la. Kalau trip sabtu dan ahad, mahu ada 2-3 sedara lagi nak follow.

Aktiviti tu macam sebelum ni lah. Jenguk ladang teh, minum teh di kaki bukit, self plucking stoberi, redah pasar malam Brinchang, berstimboat dan shopping kat Kea Farm.

Ada satu tempat baru bukak, Lavendar Valley kot nama tempat tu. Macam taman lavendar lah. Cun siot kalau amik gambo, masuk insta plak pas tu. Tapi tak masuk lah, susah parking, hujan pulak time tu.

Nak cari kaktus pon, tak terstop kat Cactus Valley tu sebab cuaca tak bagus lah. Nak kena parking jauh, Leceh pulak bawak budak, kang kena hujan, demam..satu mende pulak.

Duk kat atas tu memang best sebab sejuk, nyaman tapi seram pulak nengok gaung dan lembah tepi jalan tu. Lain dari biasa tapi jalan nye tu..fuhhhh, longgar lah usus aku menahan corner tajam dan selekoh nye. Hahahaha.

Naik follow Simpang Pulai. Jauh lah perjalanan kami. Boleh aje naik dari Tapah, tapi Tapah tu jalan lama, jalan kecik..takut ramai muntah jer la. Turun aje ikut Tapah sebab nak stop kat Lata Iskandar pulak.
















- Posted using my iPhone -