Stalkers


Yang kesah

28.6.11

Monolog pilihanraya

Aku bukan nak jadi talam dua muka..seploh muka ke
Kalau boleh biar aka jadi kuih talam..Sedap oo talam suji!

Cuma, aku tak suka gaduh sana sini
Antara dua, aku mesti pilih salah satu..
Aku ikut dua dua kang..korang cakap nanti aku tamak, tak sedar diri!
Biar aku pilih satu
Supaya korang faham pilihan aku!
Aku pilih yang haram ke, yang hitam ke,
Yang suci murni ke, yang halal ke,
Itu pilihan aku
Risiko aku tanggung
Betul..sumpah!

Sebelum aku pilih, aku timbang tolak
Tilik selidik dulu
Aku tak nak dengan kau sebab kau terlalu "perfect"
kau paling mulia ..
kau paling kaya ..
Sebab tue aku tak pilih kau..
Sebab aku pun mulia jugak
Sebab aku pun lebih kaya dari kau..
Wakakakakaka

P/s : berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Bermusuh jangan sekali!

27.6.11

alahai mak ngah..merahnya!!

kita bz melipat baju,
budak dua orang ni sekepala pulak nak bergaya dengan baju kurung memasing
layankan sekejap..
terus aku pun malas nak iron baju..
tak per lah, bapak budak khamis ni baru start kerja..






25.6.11

kemana menghilang?






ni lah antara aktiviti tak sempat nak upload ke blog nie..
- mencuba resepi baru si puding roti sebab nak habiskan roti sandwich sebelum xpired
- Apa kes gerai jual lulur mandian dan barang wanita dah tak de kat pasar malam?
- Memang bernasib baik Bibit Bibit Gelora nie best..kalau tak nyesal terbang RM25.90
- Letih layan bebudaks..elok kita melipat baju..dia pulak nak jadi model pakaian

Puding kastad roti karamel
Buat lulur mandian sendiri
Layan novel baru Fauziah Ashaari  Bibit2 Gelora
Melayan bebudaks 

10.6.11

Sudut Mata : Novel Kasih Yang Suci






Meletup-letup dan HOT drama Nora Elena sekarang nie. Dah jadi fenomena terutama watak Seth Tan dan Nora Elena. Para gadis mengidamkan personaliti Seth Tan yang kacak, romantik dan kaya.
Beb..bangun lah dari mimpi. Mana nak dapat lelaki kualiti macam Seth..dalam novel jer ada. 



KASIH YANG SUCI - Nora Elena bahagia menyintai dan dicintai oleh tunangnya Saiful Idham. Mereka juga bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Rezeki Saiful Idham semakin murah apabila bakal dinaikkan pangkat oleh majikannya, Seth Tan. Kebetulan, Seth Tan dalam diam-diam menyukai Nora Elena walau mengetahui Nora Elena adalah tunangan orang. Fizikal Seth dalam novel ini digambarkan seperti aktor Chow Yuen Fatt. Fuh..hensem dan gagah tu. Memang sesuai jugak watak Seth di bawa oleh Aaron Aziz. Seth juga sebenarnya adalah abang kepada kawan baiknya sewaktu menetap di Kg Sepakat Jaya iaitu Mei Ling.

Pertemuan kembali dengan Amir, kaki buli di zaman sekolah dulu telah mengakibatkan Nora Elena dihantui mimpi-mimpi ngeri. Tidur malamnya penuh igauan ..

Award untuk peng"Google"






Sampai office, lepas punch card dan sign attendance
Pulas tombol pintu..
Excited ke cubicle sendiri
terus on computer
Jeng jeng jeng
terus laju jejari type sesuatu kat column Google search..
5 hari seminggu..
8 pagi hingga 6 petang..
menjadi hamba abdi kepada si Google nie

9.6.11

Ayu tapi Ganas

Susah jugak nak pujuk kakak pakai ala gegirl nie. dah la kakak anti baju gelap. si adik sarung jer..
sempat snap 1 gambar ketika mereka ayu..yer la tue, ayu dan boring..siap si adik menggonggong sesuatu.
sesuatu tu adalah mainan free dari tora..tora datang lagi. sekotak rega RM 1.20


8.6.11

I want to be SAHM!!

Parah!
Adoi!!
Mak tolong!!

Marilah mengira detik-detik dan saat-saat itu..
berapa hari lagi ni??







Edisi Cik Kiah Saja: Uzur ala Yuna


Fenomena si Yuna..ala penyanyi Dan Sebenarnya tue..
Kalau korang minat dengan si Yuna nie, jangan lupa pakai tudung style ala dia
Kalau korang minat giler lagi tahap gaban ker, buat pulak cam nie..
Aku sudah buat...


7.6.11

Mari Jimatkan Letrik TV style

Hampir semua rumah mempunyai TV, tak kisah lah, yang slim ke, nipis mahupun yang gempal.
Memandangkan tarif letrik sudah meningkat, marilah mempraktiskan kaedah-kaedah mencegah pembaziran letrik melalui tv. Nak memberontak sakan, melalak sana sini pun tak guna sebab itu PM sudah restu naik..jadi elok kita beramai-ramai satu keluarga menjimatkan letrik.

Antara langkah-langkah yang dapat dikongsikan :-

Malas Tapi Sihat

Profesor Peter Axt , seorang pakar kesihatan masyarakat menganjurkan agar kita bermalas-malasan seperti berehat atau tidur seketika di waktu petang. Cara ini, menurutnya boleh membuatkan anda hidup lebih lama.
Tapi, awas ia bukanlah lesen untuk anda bermalas-malas di rumah. Biar berpada-pada sahaja.

Kenyataanya di atas adalah berdasarkan kajian kepada haiwan-haiwan di zoo yang terbukti hidup lebih lama berbanding haiwan liar di hutan seperti singa. Menurutnya, singa liar hidup lebih pendek kira-kira 8 tahun berbanding singa yang hidup di zoo kira kira 20 tahun.

Selain itu, kata Peter otak manusia akan lebih aktif ketika sedang berkhayal berbanding ketika sedang giat berfikir.
"Berkhayal sering dikaitkan dengan sikap negatif seperti kurang perhatian. padahal, kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia lebih aktif ketika manusia sedang berkhayal, malah jauh lebih aktif, jika di bandingkan ketika  sedang fokus terhadap tugas-tugas" Profesor Kalina Christoff.

Dengan situasi aku alami sekarang, bermalas-malas di tempat kerja memang membantu memelihara kesihatan sebab tak sibuk, tak rushing dan tak stress. Kerja berangan sah no 1 lah..berangan gaji kang nak beli apa, eh  silap, berangan bila lah gaji nk keluar!! Wakaka, memang sihat giler lah kerja kat sini..





2.6.11

tolong bla bla bla

Sopie dah pandai aplikasi perkataan 'tolong' dalam percakapan hariannya..
Bagus cikgu-cikgi mengajar..
Nie bapaknya aka en hubby sure belum tahu perkembangan si Sopie nie
Yer lah..asik balik lewat jer, pendek kata asik bercumbuan dengan bulan bintang gitu..

Semalam, elok si Sopie menuturkan ,

"ibu, tolong angkat bakul nie" sambil tunjuk bakul mainan kat atas meja.

Lepas tu, "ibu, tolong pasang lampu"..maklum lah cam gelap pulak sebab dah pukul 7 malam..

Lagi.."ibu, tolong ambik sikat" sambil tangan tunjuk ke arah rak..

"ambik sendiri lah " aku cakap, Ibu pulak fed-up dengan permintaan tolong Sopie..

Si Ibu pulak sengal..bukan apa, ibu sibuklah nak tengok citer Nora Elena sebenarnya..