30.3.11

Contest Anakku Menangis Comel



Kek belang ..bukan seluar belang-belang







Simple jer kek ni.
Nama glamer cari makan kek belang , atau nama biasa-biasanya kek marble.

nampak tu..tangan abu hassan pencuri da sampai

28.3.11

Ada aku kesah VS ada aku peduli

Ada aku kesah...


Ada aku kesah jika laki aku tak makan
Ada aku kesah jika laki aku tak minum
Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor

27.3.11

Tanda Lalu Lintas Cinta

Email shared..Apakah tanda lalulintas cinta anda?

23.3.11

bekfes gergasi


Yo..cam perasan orang kayap kaya kalau pepagi gi bekfes kat mcD

22.3.11

mamam lagi..

macam mana nak kurus?
macam mana nak slim?
asyik makan jerrrr..

21.3.11

Sabtu Ahad di Malaysia

So surprise..tengah hari buta hari sabtu tu tetiba ada teksi stop depan umah
Ternampak bayang-bayang manusia yang amat di kenali..
Ooohh..hantu kak limah en hubby balik rumah
(coz flight balik sini pagi and next flight pagi ahad)
bebudak pun suka hati ..menerpa bafak mereka
si Sopie pun buat ragam..menangis lah pulak.
(lepas rindu x menangis dengan bafaknyer 3 hari)


Sampai umah, en hubby cari nasik..
(Actually dia ada text cw masa otw balik tu, tanya ada masak per)
tapi , biasa lah..henpon cw memang off kalau weekend..kes malas nak charge
3 hari dia cakap x makan nasik..bedal burger jer
nak makan kat hotel plak cam was-wass
hahaha..kalau cw, mau pengsan tak makan nasik
Mujur plak dia sampai umah tu, sambal ikan keli dah siap di masak
Mak macam tahu-tahu jer agaknye ada orang nak datang makan..
(sebab cw pun cakap dengan Mak , en hubby balik khamis depan)
bertambah-tambah lah beliau makan nasi putih panas dan sambal ikan keli
maklum lah 3 hari tak jumpa nasik..
Lega..boleh gi shopping petang tu
Mana tak nyer, barang-barang dapur dah habis
if dia tak balik semalam, en adik lah menjadi mangsa gi belikan barang


Pagi semalam dah pergi balik..kali ni trip ke Jakarta
Sampai khamis..
Bekfes spesel untuk en hubby, nasi putih dan asam pedas ikan pari..
Boleh tahan lagi pegi Indon, sure bley jumpak nasik yang halalan toyyiban


Pagi Isnin yang blues , early morning glory dah start balik drama air mata
selalu en hubby handle sekali
si sopie lah pagi-pagi dah ON speaker dia..
"tak nak pergi sekolah, nak duduk rumah dengan ibu"
ARgh..tension..
Tak pe, malam kang ibu jampi ko Sopie!

15.3.11

masih demam



masa gi klinik, baru perasan kad medikal ING si sarah tak de
ntah mana tercicir
pening cw rewind kepala ingat kat mana simpan
satu rumah dah cari,
rasa nya mak dah terbuang ke dalam tong sampah
sebab nya sarah sakit mata
Ntah boleh pakai lagi ke petua titiskan dengan air susu?
sarah dah 18 bulan lebih, mujarab ke air susu cw ni?
try & tawakal jer la..
kesian tengok si sarah sakit mata..
sebab tu lah cw tak makan ubat dan antibiotik doctor bagi
ni kes takut air susu tercemar dengan ubat & antibiotik lah
Alhamdulillah, rupanya mujarab jugak air susu cw
sarah dah sembuh..
ni mak nya tak sihat-sihat lagi..tapi sib baik selera makan OK
selamat ber-mCd time dengan opismate lunch tadi





12.3.11

demam.. tsunami jepun

hari khamis petang tekak dah start perit..
naik tegah hari dah lenguh-lenguh sendi dan seram sejuk
finally malam baru gi klinik,
yessss dapat mc..
petang semalam masa rehat2 tonton tv
ada update news pasal tsunami melanda Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang kira-kira 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
ramai yang terkorban..
let us pray for them, Japan.

9.3.11

tak rasa, takkan tahu..sedey

bengang!!!


sebelum-sebelum ni on time jer. at least tak lah sampai 15 .apa boleh buat..
tak rasa, takkan tahu. tak tahu, tak semestinya tak kan rasa..dah rasa, baru tahu
dedikasi untuk rakan seperjuangan cw 




cw dah pernah lalu *tragedi 21 May
jadi, cw dah tahu 
oleh itu, cw dah tepu
tunggu jer lah hai labu
namun, itu yang ku perlu
cepatlah waktu itu bertamu
jangan sampai ku kepialu
kerana back-up ku enggak padu
cw masih menunggu
jangan biar ku layu
huhuhuhu

mungkin ada hikmah di sebalik

 

6.3.11

family trip - 2 in 1

Khamis-3 Mac 2011
Tiba juga dengan selamatnyer ke Lata Iskandar pada wkatu makan tengah hari.
Akan jumpa lata ni otw nak naik ke cameron highland  via Tapah.
Jalan memang bengkang-bengkok.
Sopie & Sarah memang mabuk & muntah.
Udara pun dah start sejuk.
Berehat sekejap untuk makan tengah hari, menu nasi lemak ayam masak merah pagi tadi.
Budak-budak berehat sekejap dari pening-pening.
Tak ramai orang pun sebab hari kerja kan.

Selamat check-in kat Century Pines Resort Hotel,Tanah Rata pada pukul 2 petang.
Berehat dulu, betulkan urat-urat pinggang & lelapkan mata sesaat dua.
Hujan turun renyai-renyai..sejuk sungguh udara sini.
Xtvt pada waktu petang setelah hujan berhenti.
Destinasi - Cameron Bharat Plantations.
Ada kedai menjual teh dan cafe.
Minum petang ,off course teh & sepotong chis cake di cafe.
i hate cheese..chis chis
Selesai minum, baru lah turun ke bawah utk melawat ladang teh.
free entrance.
jalan agak berlumpur dan lembap.

Pacat pun ada.
Jumaat - 4 Mac 2011
Lepas bekfes di cafe hotel, bersiap-siap nak memetik stoberi.
x sah x gi stoberi farm kalau datang sini.
event yang amat di nanti-nantikan oleh Sopie.
Boleh kutip sendiri stoberi sesuka hati.
Entrance - 3 dewasa RM20, budak-budak ni masuk free setelah berdiscuss dengan tokei farm.
Free 1 tray stoberi, tapi make sure jgn lebih 500g.
Lebih kang kena charge.
Ada jugak di jual organic stoberi di sini.
Bersungguh sungguh si cilik membaham stoberi coklat.
stooberi di rendam dalam air bercampur ais.
lepas tu dicelup ke dalam coklat cair.
secucuk anggaran 5 pcs stoberi kecik RM2.
Xtvt selepas ke stoberi farm,
Ke Rose  Centre
Entrance : Dewasa RM 5, Kanak-kanak 4-10 yrs RM2
Rose Centre bertingkat-tingkat, kena mendaki anak-anak tangga hingga ke puncak.
Tempat penanaman berbagai bunga esp bunga ros
Sarah bersama rose merah.


Sebelah petang kami hanya berehat kat bilik.
Bercadang nak ke butterfly farm & kedai kaktus,
tapi mata dah mengantuk.
so..tidor dan berehat jer la



2.3.11

let's blog

baru perasan ramai plak opismate da ada blog..
bagus , bagus..
blog ni cam ala2 diari terbuka. 
boleh kongsi pengalaman, pengetahuan,suarakan pendapat dan mcm-mcm lah secara bersama-sama.
aku rasa kacang kuda jer buat blog yg simple n x de nuffnang segala
sebab opismate yang nama cam orang jepun tu tanya cam ne nak wat blog??
hihihi...aku pun search sendiri kaedah nyer..aci tanya uncle google tu.
semua di hujung jari kan..

inspirasi dari blog en hubby..off course (bodek skit,jgn lupe beli hadiah dari hongkong nanti). en hubby dah lama jadi blogger boy since 2007 kalau x silap. So, kami sekarang dah  jadi laki-bini blogger. ok lah, untuk tatapan anak-anak masa depan..


okeh,patah balik ke citer blog opismate
ada yang dah sign in blog, ni blog mamat mata sepet tu
tapi malas plak nak belaja cam ne nak 'meriah' kan blog dia
dia boleh iklan kan produk jualan dia dlm blog
kalau nak 'jual' dalam ctwawa22.blogspot.com...
aku nak madu di sponsor untuk bekalan aku selama setahun..
wakakaka..mata sepet pun boleh sempit!!!
aku ada offer si sepet ni nak aku tulung decor blog dia ker?
tapi aku cakap kena bagi upah lah..hahahaha
pantang sungguh mamat ni aku mintak upah
bukan mahal, mc d mc chiken rm6.25 jer..
x kan x mampu..???


sebenarnyer nak update or tulis post kat opis pun kena pandai2 gak lah
kang boss perasan plak..
so far, aku rasa boss sure ingat aku 'betul-betul' kerja...
wakakaka..padahal desktop nak hangit di tenung aku, 
keyboard pun ala longgar dek blog nyer pasal..


relaks..jgn gelabah

wah relaks santai plak aku hari ni
padahal belum lagi packing baju-baju untuk esok
sweater pun x cari lagi
ntah muat ke tak sweater biru tu nak pakai ni
esok pagi dah nak bertolak
actually esok nak gi bercuti ke cameron highlands
kat malaysia jer kan
ape kes nak risau-risau x packing lagi
tapi kalau last minutes, takut tertinggal barang-barang penting
kang pampers ke tinggal, naya lah aku nak anyam daun2 teh jadi pampers plak
kui kui berangan plak
dah la esok subuh mak kena masak sikit
sebab kunun kunun en hubby nak ajak piknik
kat lata iskandar..iskandar shah ke?
sementara nak check in tengah hari tu kat tanah rata
ingat nak merasai waterfall situ plak
relaks..relaks...sedut oksigen lebih skit
sebab balik ni nak concentrate packing..
chowwwwww

1.3.11

tako @ tepung pelita



pencuci mulut yang di buat secara kerjasama wonder pet mak & neber belakang umah.
khas utk jamuan sambutan maulidur rasul peringkat taman kediaman pada hari ahad 21/2 lepas.
resepi cedok dari cik eenat my resipi



Bahan -bahan ( Boleh dpt 12 bekas dadih kecik )
a)  lapisan bawah(hijau)
500ml air @1 botol air mineral kecil - termasuk air perahan daun pandan
8-9 sudu besar  tepung jagung (pakai brand tesco jer)
100g @ 3/4 cwn gula kastor @ 1/2 cwn gula pasir

3 biji sengkuang cina @ water chestnut - didadu kecil (guna sengkuang putih biasa tu)
daun pandan untuk bekas
sedikit garam
sedikit pewarna hijau



b) lapisan atas (putih @ santan)
300ml @ 3/4 botol mineral kecil santan
5-6 sudu besar PARAS tepung jagung
daun pandan utk mewangikan
garam secukup rasa 



Cara Penyediaan :-


a) lapisan bawah

Daun pandan diblender, ditapis dan dapatkan jusnya, tambah air sehingga 500ml. Masukkan tepung jagung, gula, garam dan sengkuang. Kacau di atas api sederhana hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan (separuh ketinggian acuan).




b) lapisan atas 
Masakkan santan, garam, tepung jagung dan daun pandan hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan. Sejukkan dan siap utk dimakan
 
Untuk jamuan, tako di masukkan ke dalam bekas di perbuat dari daun pandan.
baru nampak tradisional dengan aroma pandan yang semulajadi.
memang laku , x de balance pun.
utk makan sendiri, letak dalam bekas dadih ni jer.
jadi lah tako moden..
letak dlm fridge..lagi best rasanyer
nyum nyum

Stalkers