28.2.11

walimatul urus @ segamat

Terima jemputan walimatul urus dari sepupu perempuan a.k.a anak sedara emak aku pada 27 Feb, Ahad.masa zaman kecil kecil cili padi pernah datang sini. time tu pun, masih belum sekolah lagi. Dah ingat ingat lupa. Yang paling aku ingat, aku asyik muntah muntah dek mabuk naik van. Bersempit sempit.
Majlis di adakan di Felda Selancar 3, Muadzam Shah. Dilah ni anak ke 3 dari 7 beradik. Pengantin lelaki pulak berasal dari Segamat, tapi sekarang bekerja dengan Syabas kat Seri Kembangan.



Actually, planning nak gi sana pagi ahad, pergi hari..tapi sebab ramai sedara mara dah gerak gerak khas pagi sabtu tu, so kitorang geng bas sekolah(en hubby,aku, mak,amin,sopie & sarah) pun bertolak ke sana lepas zohor ,lepas selesai urusan jual beli 'lips' si gino. Rushing sangat, sampai tertinggal camera & adik aku tertinggal beg pakaian. Natijahnyer, terpakse destinasi bajet amik gambar pakai hp. Gambo pengantin pun x sempat snap. Lastly, sampai sana dekat maghrib jugak lah. Puteri puteri pun dah lembik lemau sebab mabuk. Lebih kurang 4 jam jugak lah perjalanan nyer ikut Segamat, Johor.


Majlis diadakan secara gotong royong oleh penduduk setempat. So, kami yang datang ni x de lah nolong banyak. Nolong makan der lah..Memang meriah, malam ahad tu ada plak segmen "suka suka karaoke" aka SSK ala ala bachelor party untuk si pengantin. Si pengantin & adik adik bersakan lah berkaraoke hingga jam 12.30 pagi..sib baik suara sedap. Aku rasa kalah lah sore bebudak opis aku huhuhu. Sedap sedap suara pun, capang gak lah telinga tahap ceplos sebab ganggu kitorang tido. Dah la letih dalam perjalanan, nak lelap mata pun susah. Budak budak ni pun dekat jam 11 malam baru nak tidur. Tu pun setelah aku bertukar jadi makhluk hijau si Hulk Hogan. Rumah ni atas bukit, so waktu subuh memang sejuk giler lah speselly tapak kaki aku.Panas susah nak tido, sejuk pun susah nak tido. Nyamuk nyamuk pun best tahap dracula twilight..dapat hirup darah orang bandar.


Majlis nikah diadakan pada sebelah pagi ahad tu kat masjid berhampiran. Sebelah tengah hari pula majlis sanding dengan tema biru turqoise. Kitorang pun gerak balik ke SA lepas pengantin dah bersanding,lebih kurang jam 2.00 ptg. OTB, singgah jap kat Jelai, ziarah kakak ipar.  Rehat dlm sejam, baru continue perjalanan. Jam 6 lebih baru selamat tiba ke SA. Nak singgah Nilai 3 pun x de mood, sebab si puteri puteri mabuk & muntah lagi..Nanti bulan 7 lah singgah Nilai pulak sebab abang si Dilah ni plak nak nikah. Kena simpan duit sebab nak bercuti cuti malaysia plak weekend ni.
pelamin biru


pengantin nyer x de

23.2.11

JANGAN CUCUK!!!!

POOOONNNNNNNN!!!!
cam ketapi berasap x bunyi nyer???marah nih..aq tengah hangin ni


gini lah al- kisahnyer di suatu segmen sembang pagi kat depan umah aku,


jiran 1 : eh..murahnye bil letrik umah ct 
(tangan tu ambik bil letrik yg terjuntai kat peti pos umah aku)


jiran 2 : a'ah lah...saya nyer umah bil sampai seratus lebey


jiran 1 : ni mesti ct (nama glemer kat sini) cucuk letrik ni kot
(maksud dia lebih kurang aku pasang alat untuk jimatkan letrik)


jiran 2 : yer la..kadang2 orang ni semayang cukup, tp sanggup buat kerja cucuk cucuk cam ni(apekah maksudnyer) mulut busuk cam longkang..dengki khianat sume ader


Pada pada lah kutuk wei..depan omak aku tu pulak cakap..mungkin diorang gurau kot..tapi BERPADA PADA lah yer..


Kepada akak jiran 2, ni kat bawah ni adalah reasons yang bernas lagi munasabah kenapa bil letrik umah akak cecah tiga angka..Nasihat berhemah saya, naikkan lah lagi bil letrik akak, kasi kaya itu tokey letrik tnb.(ni tone bengang ni)


Umah akak pakai tibi flat skrin 42 inci, peti sejuk 2 tingkat, anak2 sure de pakai henset, laki akak pun pakai henset,off course banyak henset nak kena charge kat umah..x mungkin budak nak charge henset kat sekolah/hubby akak nak charge kat kilang tempat kerja dia. mesti nak charge kat umah jugak kan. Nampak cam kulit perut akak lagi tebal dari saya (kenyataan kan kak, jgn mare)..so, mesti ekon on memalam tu tahap 16-17 degree kot..Pastu anak2 akak sure selalu on lappy..search internet nak wat rujukan kerja sekolah..sah2 kerap online, tu anak bujang kot kot suke chatting ke. SOOOOOO..Patut lah bil akak seratus lebih


Kenapa bil umah cik ct RM 35.90 jer bulan ini??


umah sy tibi pun kecik..size 21 inci. peti sejuk setingkat je. henset saya suke charge kat opis. en hubby pun charge henset kat opis. cuma adik & mak jer charge henset kat umah. tu pun tak hari2 sebab mereka pakai henset murah saje. Aircond saya suhu 25 - 26 degree jer memalam. siang hari kalau panas..cari aircond kat syopping kompleks ler. Umah pakai desktop. online pun time malam jer..siang hari online kat opis(kui kui kui).


Sebenarnyer, sejak tahun lepas lagi da praktis Off plug yang tak gune specially aircond tu. Kuat oo pakai karen. Kat desktop pun memang slalu wat sleep mode. Pepagi nak pi kerja, rutin wajib adalah switch off plug computer & aircond. Lagi baik tanggalkan terus kepala plug tu. Kalau x rajin, x de maknanyer nak dapat bil letrik cam umah aku. Sebelum ni bil letrik pernah cecah RM 70..bulan ke bulan, semakin murah..last month baru RM 20 lebih. Kalau nak jimat, pandai pandai lah korang. Tapi ingat, JANGAN CUCUK!!!


To  akak jiran, bile akak nak ader blog? boleh baca luahan hati saya ni..

17.2.11

Rezeki jangan di tolak, ayam & pizza mari mari

Event di sponsor oleh opismates yg menyambut raya cina baru baru ini dan tidak larat meng’organize’ open house utk kami semua..

Kami terima & redha jer..orang nak belanja makan FREE kan, susah per.. makan jer, makan jer..x kuar seposen pun duit

Terus raser best yang amat..lagilah ayam panas panas dan pizza dominos yang panas panas jugak. Makan beramai ramai dalam suasana yang sejuk sejuk.

Jejaka jejaka dapat melahap sekejap jer, dah buru buru nak mengerjakan solat jumaat.



dominos hot
Wanita wanita nya pulak makan bak finalis finalis Gadis Melayu ..amik ayam seketul, pizza sekeping..sembang sembang sembang. Sekali dah masuk mulut, wanita wanita tak ingat dunia dah..terus nak tambah ..tambah lagi..dan tambah..
wanita wanita gembira

16.2.11

mee rebus maulidur rasul

semalam cuti umum Maulidur Rasul
x de plak terlibat dgn mana mana perarakan
mahupun ceramah ceramah bertauliah 
jadi, aku pun merendek seorang diri kat dapur jer lah memasak
terus baik punya cilok resepi dari sini
cam teringin nak makan mee
dah lama x makan mee
asik asik makan nasik
kot kerjakan sawah padi ker
x per lah makan nasi tiap hari
jarang jarang aku x makan nasi
kadang kadang je makan mee


mee rebus perak
en hubby : makan 2 x, lunch 1x, petang 1x
mak : makan 2x, lunch 1x, petang 1x
aku : makan 2x, lunch 1x, dinner 1x
sopie : makan mee shj-main main
sarah : makan mee shj - main main main dan main
adik laki aku : makan tambah 2x masa dinner, sbb dia kerja smlm


kalau de, daging rebus sedap gak..sebab rasa kosong jer
baru jer pas makan nasi daging
tu malas dah nak tambah daging



13.2.11

Jom Masak : Nasi Daging Air Asam

hari ahad, hari bersama keluarga
sebab malam semalam dah keluar jenjalan ke k4
so, hari ahad bersantai kat umah
cam biasa, kalau nak try resepi baru
mesti surfing sini jer la
sebab selalu masak2 ikut resepi situ menjadi kot
ingat nak try buat nasi kerabu
tapi cam renyah sikit penyediaan nyer
sebab pagi ni agak heavy menu bekfes
nasi putih dan sambal ikan bilis beserta telur mata
so, yang lunch punya nak simple sahaje
terus terdetik kat hati
nak masak nasi daging
nasi putih pagi punya pun ada lagi
so, nasi daging just buat ngam2 utk 5 orang sahaja
memang  99 % ikut macam resepi ini kecuali
beras tu
guna beras biasa jer, x de basmathi

pingganku yang simple..haruss

Penyediaannyer mudah dan cepat
Tang rebus daging sampai empuk tu jer la lama sikit
Nasi tu rupe, kaler & rasa mcm nasi tomato

12.2.11

pot : transport collection

~ Property of Them ~
ni collection transport anak dara aq
jauh gak lah perjalanan mereka..kadang dari dapur ke hall aku
x pun dari bilik tidur utama, cilok2 ke bilik tidur atuk mereka
x pun, elok2 drive dalam umah
tiba buat wheelie terjun ke luar umah
kadang kadang naik kenderaan masing2
semasa menonton tv & makan nasi
macam macam hal budak budak


keta 20 hinggit dr rengit..bley naik berdua
save duit minyak
walker dr wang ehsan budak opis
dari zaman kakak ke adik
mereka mempunyai kaki yg kuat krn training via walker ini
stroller sdn bhd- beli masa dapat duit menang main bowling
menang rm100, tambah lg rm50 duit en hubby
keta oren beli lepas sopie borink naik walker
pun save minyak, bleh naik 2 orang


basikal sarkes, sbb tayar kalerful warnanye
sependek pendek sopie, akhirnya kaki cecah tanah gak
bila dah naik atas basikal ni


mini motor hijau- di bawak balik oleh adik aku
motor 2nd hand gak
rega rm10

udah dapat yang baru
yang lama dilupakan
say bye to basikal roda 3
sian basikal
terperuk di tepi dinding

property of them : teddy bear mr tigger


'we'

ni lah barang permainan ala2 sesuai utk budakbudak perempuan
sarah & tigger
main teddy bear lah memanjang
kadangkadang berebut gak dua beradik ni
berebut kan cik teddy bear
tapi memasing takut dgn mr tigger nih
sebab besar kot
pastu berbelang belang

 aku x rajin lah beli teddy bear sume ni
lego, blocks, keta mainan slalu lah beli
tp sebab selalu bebudak ni rebutkan cik teddy
terpakse la belikan jugak sekor lagi teddy
konon nak bagi sarah
tapi sarah takut la dgn teddy pisang kaler kuning air tu
cik teddy pink ni pun warisan turun temurun kak ngah(anak buah)
si mr tigger ni plak di bawak balik oleh adik laki aku


adik laki aku kerja co packaging
SO, adik laki aku bawak balik bagi budak2 ni main
2 beradik ni takut dgn benda benda berbulu
so, wat hiasan jer la mr tigger ni
nasib masa suh amik gambar
nak plak bebudak ni pose sekali dgn mr tigger

shuffle dance: x boleh blah budak ni

video


Budak lelaki yang buat aksi menari shuffle ni anak buah aku kat kampung. 
Rasa video ni dirakam masa balik kampun time raya haji tahun lepas.
Biasa lah, kalau dah berkumpul ramai..
Anak anak buah ramai..dalam ramai2 ni, ada gak yg berbakat
Nama Haikal..anak Pak Tam & Mak Tam. Baru darjah 3 rasanyer..
Yang pompuan tuh plak adik dia. Sah adik dia ni pun x lama lagi cam Haikal jugak
Kicik kicik dah pandai !!! ni kalau ader lagu like a G6..lagi canggih
Just ignore la sore sore tak berkenaan termasuk sore cameraman.(sore en husben)

11.2.11

korunk ada???

opis korunk ada?? (sambil kecikkan mata sebelah cam The Rock)


huih..riaknye soklan..
hari rabu lepas, Sport Club S***** ada mengudang 2 ekor lions dan pancaragamnyer untuk kasi "ONG" sama ini opis dan menghalau segala jenis kesialan yang mungkin di mana juga berada di dlm opis aku ni, yg mungkin terlekat di dinding opis, menyorok di celah celah file, mahupun yang tersangkut kat aircond(ikut kepercayaan orang cina lah).
Sepanjang aku bekerja di sini, ni lah pertama kalinya tengok lion dance secara 'live'. Rasa cam ner ek? Selalu aku tengok dlm tv kat part2 klimaks tang lion panjat2 nak amik makanan dia yg ter'hang' kat tempat tinggi. Lion dance ni pun ada, walau tak tinggi sangat derang 'hang' sayur tu. Kuat betul  bunyi alatan diorang sampai nak pecah rasa drum telinga. Kelakar jugak tengok keletah si lion 2 ekor ni.
jom layan gambar..




'they' enter our office

group foto
Lepas habis lion dance dalam kul 12.30, kitorang trus menjamu selera kat restoran x jauh dari ofis yang menghidangkan makanan chinese food halal. Ni gambar bawah meja kitorang. Memang semua boleh tahan selera makan, maklum lah terpakse menapak sebelum makan. Ada gak yang merasai 1st time experience makan yisang. tu lah, mamat yg pakai baju biru ni baru 1st time makan ala chinese style ni.. meratah lauk dulu bagai nak rak, pastu lastly baru sampai nasi. Haru biru jadinye sbb perut dah penuh lorrr.

pose dgn pau rabbit

Pau di bentuk ala2 rabbit. Kreatif sungguh si chef..Agak2 kalau tahun tu tahun b*** (ala kaki pendek, idung penyek tu), kang di ukirnye pau rupe b***. Mau haru biru jingga ungu pink meron habis semua kaler ade.

mak budak pulak melebey

video

Location - Kedai Makan @ Lumut
Xtvt - tunggu ais kacang sampai

hahaha..mak budak budak plak melebih lebih tiup bubble yer
mesti zaman kecik kecik x pernah main..
x de, kecik2 mana mampu beli
so, akan buat buih pakai sabun mandi/ basuh baju sendiri
pastu amik straw minuman utk tiup bubble
kreatif sungguh aku..murah pun murah
actually, masa membelek botol bubble ni
si sopie terjatuhkan botol ni
terus cam ala2 bocor
tokei kedai pun ala2 jeling
nak tak nak terpakse la membayar rega nyer
boleh tahan gak rega
rm3.50 sebotol
tu yg cepat2 tiup tu..
sebab banyak air sabun dah keluar
sementara tunggu ais kacang sampai


10.2.11

eat time : kfc

video

in this vid : sarah, sopie , ibu & atok 
location: kfc kemuning u


Untung budak zaman skunk, kecik2 mak bapak dah bawak gi kfc..
Aku dulu, dah sekolah menengah baru merasa makan, tu pun mak ayah belikan
Pastu, dah di zaman menara gading
 baru merasa order sdn bhd,  duit pun sdn bhd jugak
isk isk isk





9.2.11

Party Bajet (Full) : Monyet Gembira Dapat Pisang

Actually, susah nak arrange birthday party yg ala ala surprise tahap gaban kat mamat sorang ni. Hari isnin tu beliau dah tunjuk tanda2 sakit demam pembawaan budak barangkali.




Sebab tu, dah pesan awal awal kat beliau, jangan x datang kerja masa birthday tu. kang sapa nak makan makanan yg kita masak & special cupcakes tu.



rose 1 Malaysia


So surprise tahap langit ke 7 lah pulak sebab  beliau menerima kunjungan bunga ros ala2 tema 1 Malaysia gitu sbb colourful sangat..sapa lah yg bagi? Istri lah tu..so romantic, order bunga..bagi husband kat opis..


Mamat sorang ni trademark dia monyet lah..sikit2 panggil orang monyet tak pun korengger , monyet gak maksudnyer tapi dlm bahasa tamil lah. Sebab this year rasa nak order cupcakes..sesuai lah taruk decor icing theme monkey utk beliau. Selain cupcakes, menu semalam adalah nasi lemak rendang ayam. Rendang chef Norr masak kat umah. Nasi lemak home made ok,opsss opis made ok.



monkey & banana cupcakes

besday boy w pose ala2 akua

8.2.11

raya kelima

try kira berapa?
boss bagi, opismatec bagi & ex-opismatec bagi jugak
siap sampul raya tu 
tak tahan

balik kampung

Di suatu malam yg dingin..dek tiupan midea aircond 25 degree celcius..


Sayer : eh, kite nak balik kg ke raya cine ni?
Dier   : balik ah
Sayer : boleh balik, tapi senin 7hb tu kena kerja dah la..ganti orang
Dier   : okeh

So, pagi Rabu tu dlm kul 9 pagi , kami(en hubby,aku, mak, amin, sopi & sarah) pun memulakan perjalanan. Cam biasa, ikut jalan lama melalui Klang-Teluk Intan-Sitiawan-Taiping-PB. Normal perjalanan (stop isi minyak 1x, makan & gi toilet), amik masa lebey kurang 5 jam if x de kesesakan lah. Sebab Isnin tu budak2 dah start cuti sempena raya cine ni,  so, otw back to kg ni jalan ok ok jer. x de sesak pun. 
Sekali...salah masuk jalan, terus sampai Lumut. Picnic lah kejap kat Lumut. Ramai tuh orang.







 Tapi kitorang dah siap2 bawak bekal..ada nasi putih, ikan goreng & sambal ayam..Nyum Nyum!!Ala2 dah hilang kebas kaki, baru lah start jalan balik..
Menuju ker destinasi..Telok Pial n Sg Baru.

kg ku kg mu jua
Kat kg ni, ada keluarga mertua lah..bafak mertua, mak mertua..kakak ipar, abang ipar.
Mak & adik laki aku cam biasa, akan stay kat umah arwah nenek aku. Aku & en hubby terus bermalam kat umah mertua. 
Lebey selesa stay kat umah mertua aku sbb umah bawah kan. 
X susah2 nak turun naik tangga. Lagipun rumah ni besar. 

Balik ni pun bukan apa..cuma melawat orang2 tua di kampung. Kalau dah kerja, bila nak pi tengok diorang kan?? Dah la call pun jarang2!! Selain tu, waktu ni lah adik beradik en hubby balik, boleh berkumpul bersama-sama.

Time ni lah,dapat meng'request' masakan2 yg susah nak di jumpai kat SA ni..contohnya, cam asam pedas keladi dan ikan wadi goreng. wadi ni cam ikan pekasam jugak, ni febret orang banjar ni. Makanan simple2 jer, cam masak lemak labu, wadi goreng, keli bakar , ulam & sambal belacan..tapi sbb makan ramai2..memang bertambah tambah makan..
x pasal2 tambah berat badan aku lagi







2.2.11

ter'asing' di bumi sendiri



Pagi tadi lebih kurang jam 11.45 pagi cam tu, EVC dah announce bagi tahu boleh balik awal jam 12.30 pm sempena menyambut tahun baru cina. Memang pagi ni datang dengan harapan dapat balik awal pun. Terus planning nak gi jalan2 cuci mata lagi. Dah pk pk habis habisan .. Lastly decide nak gi pekan Klang jer la. Dah lama x gi sana. Suatu masa dulu masa bujang, stay kat Jln Kebun tu, memang setiap hari kena pergi ke Pekan Klang sebab ambil bas ke sana. Bas pulak 1 jam sekali baru ada. Seksa betul. Memang port lepak dan shopping dengan teman teman rumah sewa dulu. Bila kengkawan dah ada kereta, baru mampu merayap ke area Shah Alam dan KL. 
Mujur tak ramai dalam bas. Penuh pakwe pakwe berbangsa Indon ,Nepal, segala bangsa ada kot.. Cayalah!!! tapi x de plak mamat yg bley wat stok stok cuci mata (ala2 Baim Wong ke)
Trus raser cam ala2 pendatang jugak. Baik dari driver bas merangkap conductor sampai lah ke penumpang, rata2 mereka adalah pendatang asing.

Tapi dalam bas tadi dapat duk sebelah makcik. Mak cik ni orang Malaysia sebab terdengar dia berbual dalam phone loghat bahasa orang melayu kita. Aku duduk kat seat sebelah tingkap sambil menghayati pemandangan di bandar Klang. Sudah banyak perubahan. 


lalulintas @ klang
Lastly, bas stop di depan Mydin Klang.. Huih, dah la panas terik. Ramai pulak pendatang2 berkeliaran..
Masuk je ke Mydin..Astaga..lagi lah ramai manusia yg pendatang , bukan pendatang sakan bershopping
trus keluar, pegi menapak ke the store klang. Pandangan pun dah pinar2..cewah. Terus singgah , layan Mc D jap.

 mc chicken tetap pujaan hatiku
Sambil makan tu..terpikir juga dek kepala otakku, betapa senang para  pendatang ni bebas berkeliaran. Walau ada sesetengah , ramai rasanya yang tak ade permit. Dari dalam bas , kat shopping mall, restoran makanan segera
memang ada diorang2 ni. Bukan tak suka dengan kehadiran mereka ni tapi bandar Klang ni dah cam tempat apa kan?Dah macam bukan negara sendiri. Tu lah ..ter'asing' di bumi sendiri. 

Party Bajet : Monyet Gembira Dapat Pisang

Collection bajet :-
Boss (di paksa bayar) - RM 50
Kuli Ln(1st bayar sbb dia gaji dulu) - RM 10
Kuli Sa - RM 10
Kuli Nn - RM 5
Kuli Ah - RM 10
Kuli Ea - RM 10
Kuli Pa - RM 10
Total collection - RM 105


Tema Party :- Monyet Gembira Dapat Pisang


(Menu utk 20-25 tetamu)
-Biskut cap monyet - RM 59
-Pisang Emas 3 tandan - RM 50
-Misc - RM 20


Note : Hui, dah terlebey bajet ni..cam ne nak wat?? 
Nantikan party mOnyet utk peminat kamikaze mOnyet
di skrin deskTop/laptOp anda 8 February ini ...

Stalkers