31.1.11

hari wilayah - 1 februari 2011

sori ek, aku kerja kat negeri kedaulatan Sultan Selangor, 
x de makne nyer nak cuti sempena hari wilayah esok. 
en hubby aku kerja sana, dia jer la yg cuti.
Setiap tahun aku mesti tak lepaskan peluang meng'spend'kan masa ber'cuti' sekali 
dan mengurangkan cuti tahunan pada detik 1 februari.
Mana tak nye, anak hantar nursery..boleh lah curi curi bercuti.
Actually, mood nak kerja pun dah kurang dek kerana x lama lagi nak Gong Xi Fa Cai.
Pagi sok gi kerja tapi kerja sekerat hari je la. mula bercadang  nak tengok Khurafat. 
Tapi dah tukar planning, esok nak pegi Tesco..not sure @ Klang / Shah Alam.
Ngeh Ngeh..kita tolak troli tanpa budak2 ni . Peace no war!!
bukan nak beli groceries pun, sebab khamis tu nak balik kampung.
Aku belum GAJI lagi ni..terpaksa korek duit kutu lah dulu
nak beli kain ela utk buat baju raya kat Nagoya
Upah buat baju kurung kat kg baru RM 18 - RM 20 sepasang
Kat sini, jauh beza betul..upah baju kurung 'semurah' RM 25 - 35
Senang pakai baju kurung jer la
Memandangkan senang nak selak2 bagi susu kat Sarah..

x de .

cam ne nak baca title post ni?
x de .
x de noktah..
contoh
x de noktah tuk kerja
selagi bleh kerja , kerja lah
apsal aku kerja lagi ek?
sbb nak bayar loan pity pity N tu ke? so pity doh
oh, aku anak sulung,
ada tanggungjawab kat mak
kerja sbb nak bg mak duit
kalau . kerja..
kalau noktah kerja..
sapa nak bagi mak aku $
opps..aku bg currency RM
eh, aku ada hubby lah
hubby suruh aku kerja ke?
oh, patut lah..
gaji en hubby belum cecah 10K lagi
apa pulak???
ada lah 10K ..
kalau kerja setahun..
hahaha
aku kerja jer lah
walau lusa dah nak raya
kerja jugak lah
sebab belum
belum dapat upah
kuang kuang

Kisah bawang, minyak & gula

cam biasa, hari jumaat pas balik kerja CONFIRM singgah pasar malam jap
selain cuci mata..mestilah nak beli barang dapur 
yang best shopping bawang kat sini salah satunya 
 boleh pilih , cantik2 plak tu klu nak compare dgn beli kat pasaraya

ni beli untuk stock baru, last 2 weeks pun ada beli..dekat RM8
RM 8 tu campur2 bawang kecik,bawang besar & 3 labu bwg putih
Sebelum2 ni, 500g bawang kecik baru RM3, tadi dah naik 2X ganda..jadi RM6
Nak kata pemborong sorok, X LOGIK lah..
sbb bawang cepat busuk, Mana boleh simpan lama lama
Kalau GULA, MINYAK MASAK, Iyer..Sorok la berkepuk2 dlm stor.

Mana x naik rega si bawang..sbb banjir kat India nyer pasal lah
Selain India, kita import bawang gak dr China
Raser2 China pun tengah musim sejuk gak
Dah semestinya lah import bawang pun kurang, tapi permintaan tetap ada
Banyak tu nak pakai bawang dlm masakan harian, esp utk yg bisnes kedai makan, catering 
dan jugak utk kenduri kendara..

Ada lah pulak cadangan dr pihak tertentu untuk kurangkan penggunaan bawang.
X SOKONG sangat lah..sbb harga bawang actually rendah jer
Bawang x de plak bagi impak -ve kat tubuh badan mcm MINYAK & GULA
2 kawan baik ni elok lah kurangkan

MINYAK+GULA+BAWANG
=

sambal sotong petai



29.1.11

hari ini ~ sabtu

hepi countdown


hari ini hari sabtu
aku memang off day hari ni. 
satu umah memang off hari ni. kecuali adik lelaki aku.
tengok juga sabtu jenis bagaimana.jenis 1 ke jenis 2.
 jenis 1 kalau dah dapat gaji. jenis 2 kalau belum dapat gaji. t
api hari ni sabtu jenis 1..huhuhu. kalau jenis 1..jadi cam kat pics atas lah
our heppi hrs
Kebetulan, bapak budak x de kat umah..ke jalan kapar, teman anak sedara cari natang ni..sungguh bahaya, sebab bapak budak dah gaji. kang, dia pun bershoppingnatang tu utk cik livina plak. 
Pagi ni cuci baju, melayan karenah budak2. 
Lunch sudah..mata pun dah ala2 layu.
Nampak bantal & katil cam memanggil ajak tido..Angin pun simpulan bahasa, jap laie confirm hujan ni.


xoxo

Lagu - Kekanda Adinda



Verse 1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Chorus 1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Verse 2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus 2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse 3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus 3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!


Nak tenung - menung :aku & en hubby, bile nak karaoke sesama?

28.1.11

biasa lah aku..

aku bukan malas..
pun bukan rajin sangat..
walau tahu nak buat..
aku tetap suka delay delay..
sebab aku rasa boleh kontrol semua..
dengan tipu helah ?
dengan muka toya kesian ?
atau dengan skrip sendiri ?
biasa lah aku..
dari saat kenal diri sendiri
sampai saat ini
kadang2 susahkan diri sendiri
kelat muka cam pisang mentah
nak cover baik perasaan dalam ati
kalau sendiri x cover
sapa nak tolong cover ?
pi mai pi mai
aku jugak yg rasa
ah, semua boleh settle lah
ini hanya ..



24.1.11

baju baru mereka

Mana korang prefer? shopping online ker beli trus dr kedai?
ada baik buruk pilihan masing2 kan. 
kalau utk baju budak2 , memang bnyk choices jugak kalo beli online.


Sekarang dah melambak2 blog jual macam2 keperluan baby cam botol susu, diapers, baju branded,stoking, beg, dan mcm2 benda lg lah.search sendiri lah, ngabihkan kaloris teman type panjang2 ni.


Last week beli 1 GAP L/S T-shirt utk Sopie & 1 pink busha utk Caah, cost RM 40 include postage dari kedai on9 1


Pastu, ngabihkan duit m2u bapak mereka kat kedai on9 2. Beli 2 pasang GAP Pyjamas utk 2 beradik ni..Kopak RM 46 include postage. 
Oder pada 20/1..Payment made on 21/1.. Tapi yg barang dr kedai 1 tu sampai dulu, sbb tuan blog dr Setapak jek..so, setapak je langkah dah sampai opis aku. 24/1 dah sampai barang pakai pos laju courier. 


Kedai 2 menggunakan Kanggaroo Express..x sampai2 lg..maklumlah melompat lompat kan, dr teluk intan ke SA, lenguh tu kaki kangaroo.


So far, barang yg diorder dlm blog kedai 1 serupa je kelihatan spt dlm gambar. Belek2 GAP tshirt Sopie nampak made in china...huhuhu speechless gue!!


Nanti free aku d'load gambo 2 beradik ni bersama baju baru mereka.
TADAAAAAAAA
awesome like mom..hehe

daddy's flower girl --> sarah


20.1.11

4 hari off..mana nak pegi?

Huargh..Ngantuk beb kojo during PH ni. Ntah mana tempat nak pergi masa cuti raya Cina ni. 4 hari tu beb.


X mo balik kampung sbb for sure jalan jam..sakit bontot ah duduk lama2 dalam keta.
Tukang drive penat, entertainer budak2 pun letih jugak..budak2 jer x tahu letih!!
Nak muntah n pening2 jugak lah kalau lama2 terkurung dlm livina yg bau semacam tu,


So, ada plan campur berangan skit nak pergi ..


Bukit Tinggi (since last yr dah berangan nak gi sini, tp sesat plak gi GH) OR
Cameron Highlands (alang2 dah boleh balik kg) OR
Waterfall (kurang meriah lah sbb anak2 buah sure balik kg) OR
Melaka ( boleh pergi balik hari ).


Kena discuss dgn en hubby dulu la sbb beliau adalah sponsor segala event. Aku prefer yg Melaka tu , 2nd Bukit Tinggi.

19.1.11

Kerja Pada Hari Cuti ( Sungguh Sengal )

KERJA pada hari cuti ni bukan maksud OT yer. Maksudnye adalah KERJA. KERJA pada hari orang lain /company lain cuti!!

Esok, Thaipusam tahun 2011 ni tak  masuk dalam list cuti kalendar  S*****c ! X sporting sungguh boss!! Kesian gak kat depa depa yg celebrate festival ni. Terpakse amik cuti sendirik nak sembahyang atau berarak esok.
Nurseri Sopie pun off .  Kalau antar gak, sure bayar rate OT lah. Grugi lorrr!!
Husband pun off esok sbb this yr KL pun dah amik Thaipusam as 1 of their pH, tapi tetiba plak I**s arrange bowling tournament dengan IMM. Baru jer nak suruh jaga anak, di suruh main bowling pulak.




18.1.11

Target 52



takuk? tekok ? tekek? takek?

Tengah duk layan mata ngantuk, tibe2 mamat SamDol kat dept aku kejutkan aku,
"siti, apa nama cicak yang tengah hangat orang duk jual tu? takuk? tekek? " tanya si Mamat SamDol tu..(ingat aku kaunter pertanyaan kot)

"tekok", selamba aku jawab, macam tahu.Ntah betul ke tak..cepat2 aku bukak ie search pasal cicak tekok ni..
sekali..salah nama lah..cicak tokek baru la betul atau nama glamer lain cicak gecko.

Kecoh gak kat opis ni ..2-3 orang staff sibuk buat kajian dan mencari buyer serta penternak utk cicak ni. Mana taknye, difahamkan harga cicak tokek ni boleh mencecah hingga RM1 juta beb especially utk spesis tokay gecko...Gila babeng, mahal tu.Berat minimum gecko utk jualan sekurang kurangnya 300g. Di percayai cicak yg mencapai berat 350g akan mengeluarkan sejenis enzim (mcm mana erk rupenye?? air liur ke..uwekk geli) yg mampu mengubati HIV dan H1N1.
tokek oh tokek
Ni la rupa cicak tokek yg dikatakan boleh menjadi penawar bg HIV dan H1N1..Enzim yg dikeluarkan dr cicak ini , mcm mana status halal & haramnye? dan paling utama, sejauh mana benarnye kajian tentang magis cicak yg boleh sembuhkan HIV dan H1N1..Tenung, renungkan.. 



Harga jual beli si tokek mengikut pasaran semasa
310g - 350g = RM 50,000 seekor
360g - 390g = RM 60,000 seekor
400g - 450g = RM3 juta seekor


Nak berangan jap : Kaya la tokei kedai pet shop











12.1.11

Red Day Kenny Rogers



12.15 pm - hehe(dgn senyuman jahat)..bye2 opis..curik 15 mins ok
12.33 pm- sampai kat KRR Alam Sentral, ramai nyer orang..sampai kitorang duduk kat meja luar..panasnyer..
12.40 pm - Mane ni waiter/waitress..x nampak ke moncong dah ni..
12.45 pm - Baru datang adik waitress ni..muka pun tension jer.Lagi lah dia tarik muka sbb si Nazrina buat lawak bodoh plak. Nasib dah wat list siap2.pass jer list kat minah ni..cepat sikit minah ni key in order..
12.50 pm - Masuk dlm KRR..penuh lagi.
1.00 pm - Eh, kat dalam dah ada meja kosong ar..pindah dalam pulak!!!
1.15 pm - Yeay!!! jom makan..(my dish : 1/4 chicken, orange juice, muffin cute ,bla bla )..
1.45 pm - Jom, siap2 nak balik opis..(sempat gak lg window shopping)
The end


2010 KRR Day
Last yr picture..this yr x sempat bergambar. cam dah jadi compulsory event for ours lah pulak.


Nak pesan : Kalau sesiapa x pernah try lagi, boleh mark calendar bulan january memasing. tiap2 tahun KRR ade organize. 

10.1.11

Si Jelita vs Si Jelik

Ost: email recvd from ctwawa22@yahoo.com

Kalau si jelita buat jahat..

Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman, kesiannya!

Kalau si jelik buat jahat..

Lelaki akan cakap: dah la muka tak lawa, perangai pon sama gak!

Kalau si jelita pendiam..

Lelaki akan kata: wow! Inilah cirri-ciri isteri idaman, pendiam tu pemalu maknanya.

Kalau si jelik pendiam..

Lelaki akan cakap: tak reti nak komunikasi langsung. Macam sombong pon ada!

Kalau si jelita menolong seseorang lelaki..

Lelaki akan kata: inilah heroin sejati!

Kalau si jelik menolong seseorang lelaki:

Lelaki akan cakap: ala…taktik nak mengurat la tu..

Kalau si jelita dapat lelaki kacak sebagai kekasih..

Lelaki akan kata: ok lah tu..bagaikan pinang dibelah dua.

Kalau si jelik dapat lelaki kacak sebagai kekasih..

Lelaki akan cakap: tak padan langsung! Kena bomoh agaknya?

Kalau si jelita ditinggalkan kekasih..

Lelaki akan kata: buta ke mamat tu? Dapat awek cun pun lepaskan..meh la kasi kat aku!

Kalau si jelik ditinggalkan kekasih..

Lelaki akan cakap: patut la kena reject, tak menepati piawaian langsung!

Kalau si jelita memandu BMW..

Lelaki akan kata: mesti ada sugar daddy!

Kalau si jelik memandu BMW..

Lelaki akan cakap: ala…ni mesti anak orang kaya!

Kalau si jelita enggan bergambar..

Lelaki akan kata: pasti takut gambar-gambarnya tersebar.

Kalau si jelik enggan bergambar..

Lelaki akan cakap: sedar pon diri.

Kalau si jelita menuang air ke gelas lelaki..

Lelaki akan kata: caring sungguh.

Kalau si jelik menuang air ke gelas lelaki..

Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring ler tu..

Kalau si jelita bersedih hati..

Lelaki akan cakap: don’t worry, I will make you happy forever.

Kalau si jelik bersedih hati..

Lelaki akan cakap: sikit-sikit nak nangis! Mengada-ngada.

Kalau si jelita masak..

Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu..

Kalau si jelik masak..

Lelaki akan cakap: entah sedap ke tak..???

Kalau si jelita main-main missed call..

Lelaki akan kata: taka pa, dia suka bergurau.

Kalau si jelik main-main missed call..

Lelaki akan cakap: kau ni tak ada kerja lain ke..? Sibuk ni tau!

Kalau si jelita hantar e-mel..

Lelaki akan kata: sukanya…

Kalau si jelik hantar e-mel..

Lelaki akan cakap: balik-balik e-mel dia..boring..!!



3.1.11

yeay!!! tw0 th0usand e1even


yeay!!!! dah 2011...
.: hepi walau x de increment utk ntah ke berapa tahunnyer (ye ker? check balik payslip) sssshhhhh!! :.
.: hepi walau x de bonus, token ke, bantuan RM500 utk anak sekolah :.
.: hepi sebab anak belum gi sekolah betul2 lagi, x yah check homework, bangun pepagi :.
.: hepi sebab dapat gaji awal, 4hb (eh, last payment 7hb) :.
.: hepi sebab dapat duit kutu :.
.: hepi walau duit kutu dah siap2 allocate utk repair bumbung umah..huhu :.

So...


xoxo

Stalkers